E B I D M O T O R

Loading

Yamaha NVX 155: Skuter Terpadu Untuk Mat Kapcai!

Spesikasi Teknikal

ENGINE  
Engine type Liquid-cooled, 4-stroke, SOHC, single-cylinder with VVA
Compression ratio 10.5 : 1
Bore X Stroke 58.0 mm X 58.7 mm
Displacement 155 cc
Fuel system Electronic fuel injection
Maximum power 14.7 bhp (11.0 kW) @ 8000 RPM
Maximum torque 13.8 Nm @ 6250 RPM
   
TRANSMISSION  
Clutch Dry, centrifugal
Gearbox CVT (constantly variable transmission)
   
CHASSIS  
Front suspension Telescopic forks
Rear suspension Twin shocks
Front brakes Single disc, ABS
Rear brake Drum brake
Front tyre 110/80-14
Rear tyre 140/70-14
   
FRAME & DIMENSIONS  
Frame Underbone
Wheelbase 1350 mm
Seat height 791 mm
Dry weight 118 kg
Fuel capacity 4.8 litres

 

Yamaha NVX ini pada mulanya telah diperkenalkan oleh “The Doctor”, Valentino Rossi, ketika pusingan MotoGP Malaysia 2016. Juga dikenali sebagai Aerox di sesetengah negara, netizen Malaysia bergegak gempita sejurus sahaja berita dan gambar-gambarnya muncul di media sosial.

 

 

 

Melabuhkan punggung di pelananya pada kali pertama mengesahkan yang ianya lebih tinggi daripada NMAX, disebabkan oleh roada 14 incinya itu. (berbanding NMAX yang menggunakan roda 13 inci). Ergonomik NVX ini lebih padat, seakan sebuah motosikal kapchai dengan papan lantai. Tiada ruang untuk meregangkan kaki ke hadapan.

 

Dari atas pelananya, anda dapat melihat skrin LCD berdigital penuh 5.8 inci serta sistem nyalaan dan penguncian yang baru. Skuter NVX ini menggunakan Smart Key System yang baru, yang mana ia secara dasarnya sebuah aturcara tanpa kunci. Tetapi ianya lebih dari sekadar itu.

 

 

Penunggang perlu mematikan pemegunnya, kemudian tekan dan pusing “dail”nya ke fungsi yang diinginkan; membuka pelana/penutup pengisi bahanapi/menghidupkan nyalaan. Dail ini akan berada di posisi LOCK atau OFF jika pemegunnya belum dimatikan. Enjinnya tidak dapat dihidupkan, sekiranya dial pada skuter itu terletak di posisi ON, kecuali jika pemegunnya dimatikan menggunakan Smart Key. Kami juga mendapati yang skuter ini akan mengeluarkan bunyi blip yang amat kuat sekiranya dail itu berada pada posisi OPEN (bagi membuka pelana atau tangki bahanapi) bagi mengingatkan kita untuk menukarkan ke OFF atau LOCK. Jika dibiarkan, pemegunnya akan akhirnya dihidupkan sendiri, menyekat keupayaan enjin itu daripada dinyalakan. Kami cukup suka akan ciri ini.

Menghidupkan enjinnya menghasilkan nota bunyian yang agak teredam dan pada masa yang sama agak sporty. Pulas sahaja pendikitnya dan ia akan bergerak.

Untuk janaan kuasanya, enjin NVX ini berkongsi cara Blue Core yang sama yang boleh didapati pada NMAX, termasuklah ciri Variable Valve Actuation (VVA). Bagaimanapun, NVX ini dikelaskan sebagai kenderaan cekap tenaga (Energy Efficient Vehicle – EEV). Yamaha telah mendakwa yang jumlah kegunaan bahanapinya pada 2.2 liter/100km. Membantu mencapai kecekapan sebegini adalah fungsi “Start and Stop”-nya.

 

 

 

Walau enjin ini berkongsi struktur pembinaan yang sama seperti NMAX, ia terasa lebih lincah pad NVX. Tindakbalas pendikit dan bahanapi terasa amat bertepatan, terasa kuasanya sebaik sahaja memulas pendikit. Masih terdapat sedikit kuasa yang mencukupi apabila menunggang pada kelajuan 110km/j.

Dari awal lagi, NVX ini menunjukkan betapa lincahnya dirinya, dan ia datang dengan bonus tambahan. Suspensi dengan tayarnya yang besar memberikan tahap keyakinan yang tinggi untuk mengakali selekoh dan menyusup di antara trafik dengan yakin sekali. Skuter selalunya terasa agak ‘keawang-awangan’ disebabkan tayar hadapan yang lebih kecil, namun tiada sebarang petanda ianya akan terjatuh semasa anda menguji kebolehannya.

 

Saya bertembung dengan hujan yang lebat sejurus sahaja mengambilnya. Tayarnya mungkin kelihatan agak licin namun ianya mencengkam dengan baik sekali di atas jalan yang basah. Selain dari itu, saya juga berasa amat lega dengan adanya ruang simpanan bawah pelana sebesar 25 liter yang dengan mudah dapat menyimpan pakaian hujan saya dan juga beg laptop saya. Satu perkara yang menjadi kelebihan berbanding sebuah kapcai!

 

Di atas lebuhraya, skuter NVX tidak mempunyai masalah untuk mencapai kelajuan 110km/j. Ianya juga tidak mempunyai masalah untuk mencapai kelajuan cruising kesukaan saya 120km/j dari permulaan pegun juga. Takometernya menunjukkan 9000rpm pada kelajuan itu, jada masih terdapat 1000rpm yang boleh digunakan. Enjinnya tidak sekali pun terasa seperti ianya memaksa dirinya untuk menapai kelajuan berkenaan. Roda serta tayar yang lebih besar telah memberikan skuter ini penggearan yang lebih tinggi, dan dengan itu menjadikan cruising terasa lancar.

Namun, berulang alik dalam bandar adalah di mana skuter NVX ini menunjukkan taringnya. Menunggang motosikal yang lincah dengan keagresifan yang terkawal di Kuala Lumpur merupakan factor penentu keselamatan di jalanraya ibu kota itu. Ianya terasa seakan-akan saya sedang menunggang sebuah basikal yang pantas ketika saya menyusup di celah-celah trafik, menyelinap di antara laluan dan mengendali selekoh yang tajam. Terdapat banyak tindakbalas dari tayar hadapanya, dan ia tidak pernah sekali pun terasa bahaya ketika anda mengendalikannya. Malah NVX ini bagaikan tidak endah sekiranya anda mengujinya dengan pendikit yang dipulas sepenuhnya juga. Ianya sangat stabil untuk sebuah skuter bersaiz kecil.

 

Breknya yangkuat juga turut banyak membantu. SistemABS yang berfungsi dengan sepatutnya apabila saya terpaksa membrek dengan keras dalam hujan ketika menghindari sebuah kereta yang telah memintas saya dengan mengejut.

 

Tambahan pula, NVX ini benar-benar cekap bahanapi. Saya tidak dapat mencapai angka 2.2 liter kerana penunggangan saya yang agresif, namun saya pernah ternampak 2.8 liter/100km. Saya hanya membuat isian semula sebanyak dua kali sahaja dalam seminggu dengan skuter ini, kali keduanya ketika saya memulangkan skuter ini (Saya tidak mahu kembalikan motosikal uji dengan tangki yang kosong).

Kekurangannya? Seperti mana-mana skuter, seteru utama NVX adalah lubang-lubang di atas jalan serta bonggol yang tinggi. NVX ini mempunyai suspensi yang amat baik, namun dengan keadaan jalan raya di Kuala Lumpur yang agak memalukan, ianya terpaksa bekerja keras. Lubang yang dalam menyebabkan topang belakangnya terhentak pada penyekatnya ketika saya menunggang berdua dengan isteri, namun dimaklumkan yang jumlah berat keseluruhan kami berdua ialah 150kg. Penunggang yang lebih ringan tidak perlu risau.

Jadi, itulah dia. Semua jawapan yang anda ingin tahu mengenai skuter Yamaha NVX sama ada ia skuter yang menarik atau tidak. Ia tampak hebat, berfungsi dengan baik dan bergerak dengan lancar. Oleh sebab itulah ianya sebuah skuter yang amat menyeronokkan.

SUMBER : MotoMalaya

Skuter padu ni ada dijual kat Ebidmotor.com tau! Kalau korang nak cuba test ride skuter mantap ni, boleh datang ke Ebidmotor.com. Kami ada banyak pilihan motosikal Yamaha NVX 155. Jangan terlepas untuk dapatkan motor idaman anda dengan harga paling mampu milik!


SENARAI MOTOSIKAL YAMAHA NVX155, LOW DEPOSIT ; LOW BULANAN ; CONDITION TIPTOP !

2019 Yamaha NVX 155 DOUXOU 

 

DETAILS MOTORSIKAL

Mileage: 13,681KM sahaja
Carbon fiber CVT gearbox cover
Aluminium lever set
Tayar depan & belakang 95% tebal
Bebas segala error code
Motor beli terus ride sahaja tidak perlu repair

HARGA MOTORSIKAL

2019 Yamaha NVX 155 DOUXOU - KLIK SINI

SEBARANG PERTANYAAN DAN BUTIRAN LANJUT BOLEH HUBUNGI

Encik Shazrul
No Tel : 010-8833396
Whatsapp : https://wa.me/60108833396

Encik Sameer
No Tel : 010-8833397
Whatsapp : https://wa.me/60108833397

 

2019 Yamaha NVX 155

DETAILS MOTORSIKAL

  • Mileage: 22,316KM sahaja
  • Tayar Pirelli belakang masih tebal
  • Shark Power hook hanger
  • Upgraded lever brake/clutch Apido
  • Ada front wheel slider
  • Aftermarket carbon fiber floor board

HARGA MOTORSIKAL

2019 Yamaha NVX 155 - KLIK SINI


SEBARANG PERTANYAAN DAN BUTIRAN LANJUT BOLEH HUBUNGI

Encik Shazrul
No Tel : 010-8833396
Whatsapp : https://wa.me/60108833396

Encik Sameer
No Tel : 010-8833397
Whatsapp : https://wa.me/60108833397

 

2019 Yamaha NVX 155

DETAILS MOTORSIKAL

 

Mileage: 19,263KM sahaja

Tayar & brake pad tebal

Bebas ubahsuai

Bebas kemalangan

HARGA MOTORSIKAL

2019 Yamaha NVX 155 - KLIK SINI


SEBARANG PERTANYAAN DAN BUTIRAN LANJUT BOLEH HUBUNGI

Encik Shazrul
No Tel : 010-8833396
Whatsapp : https://wa.me/60108833396

Encik Sameer
No Tel : 010-8833397
Whatsapp : https://wa.me/60108833397

 

2019 Yamaha NVX 155

 

DETAILS MOTORSIKAL

  • Mileage: 4,682KM sahaja
  • Tayar & brake pad tebal
  • Original Yamaha NVX 155 ABS coverset
  • Original Yamaha NVX 155 ABS exhaust

HARGA MOTORSIKAL

2019 Yamaha NVX 155 - KLIK SINI


SEBARANG PERTANYAAN DAN BUTIRAN LANJUT BOLEH HUBUNGI

Encik Shazrul
No Tel : 010-8833396
Whatsapp : https://wa.me/60108833396

Encik Sameer
No Tel : 010-8833397
Whatsapp : https://wa.me/60108833397

Share:

© EbidMotor.com. Hak cipta terpelihara

EbidMotor
Hi there,
How can I help you?
00:01
Start Chat
Login Modal Trade-in Modal Trade-in Submitted Successful Modal Place Deposit Modal Place Deposit Modal Loan FAQs Modal Enquiry Modal Loan Calculator Modal Homepage Loan Calculator Modal
Alamak! Something went wrong. Tutup Tidak Lihat Teruskan Beli Sekarang! Lihat Lagi Harga Pemasaran Percuma Laman Utama Alamat emel diperlukan Akaun Anda Tidak Disahkan Alamak! Akaun anda tidak disahkan. Sila sahkan akaun anda untuk meneruskan. Sahkan Akaun Sekarang Sahkan Kemudian Sila klik "Pergi ke Halaman Temujanji" untuk melihat janji temu anda. Pergi ke Halaman Temujanji tukar gambar profil Maklumat Peribadi Temu Janji Saya Dompet saya Permohonan Loan Saya Kegemaran Saya Iklan saya Log keluar Sejarah Pembelian Saya Kod pengesahan tidak sah! Tiada temu janji. Batal Teruskan memadamkan kad ini? Tindakan ini tidak boleh dibuat asal. Padam Batal Belum ada transaksi. Alamak, anda belum memasukkan maklumat akaun bank peribadi anda. Sila pastikan anda memberikan maklumat akaun bank peribadi yang betul supaya kami boleh memproses bayaran balik. Masukkan maklumat akaun bank peribadi Tiada permohonan pinjaman. Ditolakkan Diluluskan Memproses Menunggu Keputusan Draf Tiada iklan. Kemas kini Padam Teruskan memadam iklan ini? Adakah anda pasti mahu menyimpan sebagai draf? Simpan Sebagai Draf Permohonan Loan Saya Teruskan dengan draf Produk telah diturunkan! Kredit Tidak mencukupi Alamak! Kredit dalam aplikasi tidak mencukupi untuk meneruskan pembayaran untuk RM300. Sila tambah nilai di sini untuk meneruskan. Tambah Nilai Berjaya! Tambah nilai Nanti Pembayaran berjaya! Sila klik "Hantar Permohonan Pinjaman Sekarang" untuk meneruskan penyerahan pinjaman. Hantar Permohonan Pinjaman Sekarang Sila klik "Beli dengan Tunai Sekarang" untuk meneruskan perbelian. Beli dengan Tunai Sekarang Sila klik "Tawarkan Harga Sekarang" untuk meneruskan pembidaan. Tawarkan harga sekarang Tiada motosikal! Harga Terkini: Wang Tunai Pinjaman Tambah ke kegemaran Padam dari kegemaran Tiada motosikal! Harga Motosikal: Jual Telah Ditempah Sahkan Sahkan Pembelian Anda Anda hanya perlu membayar yuran pendahuluan RM300 untuk tempahan motor. Baki yang perlu dijelaskan boleh dibayar melalui dalam talian atau hadir ke bilik pameran kami dalam masa 3 hari. Pegawai kami akan menghubungi anda dalam masa 2 jam waktu bekerja (Isnin- Sabtu) untuk proses seterusnya. Motosikal: Yuran pendahuluan Baki Yang Perlu Dijelaskan Batal Harga Motosikal: Harga Motosikal Harga termasuk: Cukai Jalan Insurans Pemeriksaan Pemindahan Hakmilik Alamak! Akaun anda tidak dapat memasuki halaman Pembidaan/Lelong Pembidaan/Lelong hanya dibuka untuk akaun syarikat / peniaga. Pergi ke halaman Motosikal Terpakai Sesi Pembidaan Seterusnya : MASA YANG TINGGAL : jam minit saat Bidaan tutup, halaman akan dimuat semula dalam masa 10 saat. Bidaan tutup, halaman akan dimuat semula dalam masa [10] saat. Bidaan bermula, halaman akan dimuat semula dalam masa 10 saat. Harga Bermula Dari Harga yang telah dijual Extended Tawaran Sekarang * Tawaran Tertinggi Semasa Tawaran Semasa * Anda adalah penawar yang lebih rendah * Anda adalah penawar yang tertinggi Jumlah Max Bid Anda Harge bidaan maksimum mestilah berganda dengan 50! Jumlah Max Bid anda mestilah lebih tinggi daripada harga tawaran terkini Sila sahkan Max Bid Anda Motosikal: Jumlah Max Bid Anda Harga Tawaran Terkini Masa Waktu Tawaran Kami: 12:00 petang hingga 7 malam Confirm Tukar Jumlah Tambah Nilai Berjaya! Sila klik "Letak Bidaan Sekarang" untuk meneruskan pembidaan. Tawarkan harga sekarang Nanti Harge bidaan manual mestilah berganda dengan 50! Sila sahkan Manual Bid Anda Motosikal: Tawaran Anda: Harga Tawaran Terkini: Masa Confirm Tukar Jumlah Permulaan Pembidaan : Tawarkan Harga Saya "Max Bid" adalah satu taktik pembidaan secara automatik yang membolehkan anda tetapkan JUMLAH MAKSIMUM untuk membida motosikal tertentu. Sistem pembidaan kami akan membuat tawaran bagi pihak anda secara automatik. Ia akan sentiasa meletakkan jumlah bidaan yang terendah dan tidak akan melebihi jumlah yang anda tentukan untuk "Max Bid". Turn on screen reader support Pilihan "Manual Bid" membolehkan anda meningkatkan jumlah penawaran dari minimum RM50 hingga maksimum RM1,000. Sebut harga anda harus lebih tinggi daripada harga tawaran semasa. Anda perlu memasukkan jumlah bidaan baru setelah seseorang letak harga tawaran lebih tinggi daripada anda. MaxBid Manual Bid * Sila masukkan Max Bid anda Tawaran manual akan menjadi jumlah yang anda bida lebih tinggi daripada harga penawaran semasa. * Klik untuk meletakkan tawaran manual anda dengan meningkatkan Tawaran Sebelumnya lihat tawaran penawar Padamkan item ini Adakah anda pasti mahu padamkan item ini dari senarai tawaran langsung? Tiada motosikal yang dibeli. Harga Motosikal: Order No. Tarikh Loan No. Jumlah Pinjaman Termasuk Yuran Pemprosesan & Insurans Bayaran Pendahuluan Ansuran Bulanan Tiada motosikal yang digemari. Padam dari kegemaran Wilayah Harga Sila hubungi kami 1700-81-7700 untuk mempercepatkan proses pengesahan. (9.30AM-6.30PM Isnin - Sabtu) Insurans diperlukan Wilayah diperlukan Bandar diperlukan Tidak termasuk Insurans dan pengangkutan/penghantaran Insurans Pengangkutan/Penghantaran Wilayah Bandar Bayaran Insuran Bayaran Penghantaran Pilih Insurans Pilih Wilayah Pilih Bandar Tidak Perlu Insurans pihak pertama Insurans pihak ketiga Ambil sendiri Penghantaran terus ke lokasi anda Jumlah Motosikal Telah Terjual Tiada rekod lagi.