E B I D M O T O R

Loading

Top 7 Kapcai Yang Menerima Paling Banyak 'Bad Review' Di Malaysia!

Macam yang korang tahu, model kapcai sangat popular di negara kita atas alasan kosmetik, praktikaliti dan mobiliti. Jujur cakap, kapcai di Malaysia tak lah sempurna mana sifatnya tapi terdapat beberapa model yang teruk dikecam penggunanya dan 'kaw-kaw' menerima bad review!

Jadi, kami nak senaraikan 7 kapcai yang sehingga ke hari artikel ini ditulis, masih lagi dikutuk ramai meskipun motor-motor ini tak lah seteruk yang dijangka kan. Nak tahu motor apa? Baca artikel ini saaaaampai habis!

Apa Kriteria Motor - Motor Yang Menerima Bad Review?:

  • Enjin underpower tak padan dengan saiz enjin
  • Rekaan yang tak menepati citarasa kebanyakkan orang
  • Kualiti hauk minta dimaki
  • Spare part susah nak jumpa
  • Ergonomik ke laut

 

1. HONDA RS150R V1

Spesifikasi

  • Engine: 149cc Single Cylinder-4 Valve, DOHC, Liquid Cooled, PGM-Fi
  • Power: 15.74hp @ 9,000 RPM
  • Torque: 13.5 Nm @ 6,500 RPM
  • Transmission: 6 Speed 
  • Berat: 119kg

Ketika awal pengenalan pada 2016 yang lepas, RS150R dah mula dikritik pada rupa dia yang tak cukup mengancam seperti pesaing dia si Y15ZR. Walaupun ada enjin yang boleh tahan berkuasa, lengkap dengan gear 6 beserta DOHC, cemuhan-cemuhan tak terhenti kat situ je tau! 

Disamping seat RS ni yang cukup keras mengalahkan batu, motor ni turut terkenal dengan penyakit tiga serangkai dia iaitu IACV, Tensioner & TPS! Anehnya, walaupun barangan wear & tear, parts-parts tadi perlu ditukar dengan lebih awal & kerap berbanding kapcai-kapcai yang lain. Coil motor ni juga dikatakan amat mudah nak rosak. Itu belum cerita kepayahan nak mencari spare part ketika motor ni mula-mula diperkenalkan! Memang ramai gila yang bising waktu tu!

Walaupun kualiti motor dan spare part sering dipersalahkan, tak ada pula yang mengaku bahawa masalah tadi berpunca dari cara owner yang merembat motor tu sendiri! Memanjangkan RPM sebelum tukar gear atau memodifikasi yang bukan-bukan serta culas dalam maintenance pun boleh jadi asbab kenapa motor ni cepat jahanam!

 

2. SUZUKI RAIDER R150

 

Spesifikasi

  • Engine: 150cc, Single Cylinder-4 Valve, DOHC, Liquid Cooled, Fuel Injected
  • Power: 18.2hp @ 10,000rpm
  • Torque: 13.8Nm @ 8,500rpm
  • Transmission: 6 Speed 
  • Berat: 112kg

Secara jujurnya, Raider R150 ni tak pernah menimbulkan masalah dari segi enjin atau teknikal malah dah jadi tradisi Suzuki membina motor yang tahan lasak belaka! Cuma itulah, masalah dari motor ini lebih berpunca dari ketidakpuasan-hati orang kita sendiri. Kebanyakkannya kurang bersetuju akan rekaan "ayam jago" dan mengkritik Suzuki seolah-olah tak faham akan citarasa orang kita yang lebih menggemarkan rekaan kapcai berkepok!

Raider R150 ni pun agak kurang praktikal bagi demografik pembeli di Malaysia yang mana memerlukan sebuah motor untuk membuat banyak perkara; pergi ke pasar, pergi ke tempat kerja, pergi buat food deliver dan sebagainya! Walaupun itu bukan tujuan asal motor ni dibina tapi tak ramai yang nak menjadikan motor ni sebagai motor kedua mereka pun..

Dah lah tak praktikal, tangki minyak pun hanya 4L je dan owner perlu kerap berhenti isi minyak kalau perlu berulang alik dalam jarak yang jauh! Bukan setakat tangki minyak yang kecik, saiz motor ni pun tak lari dari dikritik oleh geng-geng berbadan sasa! Mana taknya, macam menunggang basikal je kalau dorang dilihat menunggang motor ni! 

 

3. HONDA EX5 Fi

 

Spesifikasi

  • Engine: 109cc, Single Cylinder-2 Valve, SOHC, Air Cooled, PGM-Fi
  • Power: 9hp @ 7,500rpm
  • Torque: 8.62 N.m @ 5,500rpm
  • Transmission: 4 Speed 
  • Berat: 97kg

Honda EX5? Biar betik! Ya betul gais.. Siapa sangka lagenda yang dikenali dengan aura 'tahan lasak, kebal rosak' ni menemui pengakhiran yang boleh dikatakan agak sadis pada pandangan min! Apa orang cakap tu, benda yang dah sepatutnya dibiarkan mati tapi dipaksa untuk hidup kembali! Itulah yang min boleh sifatkan pada EX5 Fi ni!

Motor ni kurang mendapat sambutan umum disebabkan rekaan dia dah kurang menarik perhatian serta enjin yang ditawarkan pun dikatakan kurang "umphh" meskipun lebih berkuasa dan mesra alam berbanding model EX5 petak dulu-dulu tu! Kiranya orang protes sebab motor ni adalah motor berbeza yang hanya memegang nama EX5!

Disebabkan gagal menarik perhatian orang Malaysia untuk membeli meskipun dah bermacam-macam naiktaraf kosmetik ditambah, BSH pun menghentikan pengeluaran EX5 Fi ni bagi memberi laluan kepada model bersesaran rendah yang lain untuk bersaing.. Paling sedih, tak ramai pun tahu mengenai pemergian 'ikon' ni gais! 

 

4. BENELLI R18i 

 

Spesifikasi

  • Engine: 174cc, Single Cylinder-4 Valve, SOHC, Liquid Cooled, Fuel Injected
  • Power: 18hp @ 9,500rpm
  • Torque: 15.1 N.m @ 7,000rpm
  • Transmission: 6 Speed 
  • Berat: 126kg

Min agak kurang setuju kalau motor-motor bukan Jepun ni dihina kalau dia ada enjin yang boleh tahan cemerlang ataupun hanya berhadapan dengan sedikit masalah kualiti.. Namun, seketul gorgon dari Benelli ni memang boleh bikin termenung sambil tangan diletakkan kat dahi!

Kalau ikutkan, tak ada masalah pun dari teknologi 3 spark plug dia ni. Bukan itu je, R18i ni pun ada USD fork tau dan mana ada kapcai lain yang ada ciri ni selain adik dia RFS150i tu! Isunya sekarang, enjin R18i sangatlah tak masuk akal underpower nya walaupun bersesaran 174cc dan berkuasa sebanyak 18hp! Nampak besar atas kertas tapi menyiput! Nak cari top speed dengan R18i? Lupakan jelah.. 

R18i ada kualiti yang tak terlalu solid tapi tak lah terlalu murah. Dia pun didatangkan dengan aksesori ala-ala aftermarket tapi sayangnya, amat sukar untuk cari spare part di bengkel-bengkel biasa.. Kalau ada pun, boleh bawa bergaduh bila dengar harga nya! 

 

5. YAMAHA LC135 Fi V8

 

Spesifikasi

  • Engine: 135cc, Single Cylinder, SOHC - 4 Valve, Liquid Cooled, Fuel Injected
  • Power: 12.4hp @ 8,000rpm
  • Torque: 12.2 N.m @ 6,000rpm
  • Transmission: 4 Speed 
  • Berat: 109kg

Apahal ni min, sejak bila pula LC135 Fi ada bad review? Walaupun dia agak berbeza dari keturunan dia sebelum ini, dia pun tak lari dari menerima review buruk juga ya! 

Apa yang kurangnya pada motor ni? Walaupun ada rekaan mirip Y15ZR V2, Y16ZR serta sport rim Enkei 125ZR, terdapat owner yang mengadu mengenai kualiti coverset motor ni! Body cover LC135 Fi ni didatangkan secara klip dan bukannya menggunakan skru macam sebelum-sebelum ini, jadi bila berulang-kali secara tak sengaja menghentam lubang dari jalan Malaysia yang macam gampang ni, ada kemungkinan klip pada body cover tu boleh tercabut atau patah. Dahlah coverset pun senipis iman dan tak cukup solid berbanding sebelum ini..

Selain itu, tayar standard kilang dari Yamaha ni memang langsung tak boleh pakai walaupun ada sesetengah pengguna yang mendakwa masih elok je dorang gunakan hingga ke hari ini. Dari pengalaman min sendiri, tayar Vee Rubber ni tak cukup grip dan menunggang pada halaju tinggi ibarat macam tengah bawak kat jalan basah.. apetah lagi kalau dirembat betul-betul dijalan basah! Kalau brek mengejut memang boleh tergelincir! Apalah salahnya kalau diberikan sekali tayar yang elok-elok..

Walaupun menerima naik taraf terbaru dari segi talaan enjin memandangkan dia meggunakan Injection, prestasi dia tetap terasa sama dengan generasi-generasi LC135 sebelum ini (kecuali V1 lol). Tapi selain daripada itu, motor ni pun tak lah teruk mana disebabkan lepas berbelas tahun, Yamaha dah naik taraf panel meter yang lebih segar, menawarkan tangki minyak yang lebih besar (4.6l) serta penggunaan disc brake belakang!

 

6. MODENAS DINAMIK 120

Betul Ke Membazir Duit Je Beli Modenas Dinamik 120 Pada 2023? -  EBidMotor.com

 

Spesifikasi

  • Engine: 118cc, Single Cylinder, 2-stroke, Air Cooled
  • Power: 16.8hp @ 9,000rpm
  • Torque: 14.1Nm @ 8,000rpm
  • Transmission: 6 Speed 
  • Berat: 97kg

Dinamik 120 ada sejarah yang panjang di negara kita dengan mempunyai tali persaudaraan bersama Kawasaki Leo Star SSR. Walaupun mengandungi DNA dari Kawasaki, Dinamik 120 tetap tak lari dari menerima bad review daripada pemilik dan bekas pemiliknya sendiri!

Dinamik 120 ni tak ada masalah apa pun pada enjinnya! Minyak pun lebih menjimatkan sikit walaupun bernadikan enjin 2 lejang. Namun review buruk yang diterima kebanyakkannya berpaksikan kualiti Dinamik 120 yang kurang memuaskan.. Ekzos naik karat tak sampai beberapa bulan dibeli serta gegaran yang luar biasa bikin parkinson!

Ada juga yang mengulas mengenai rekaan Dinamik yang agak old-skool berbanding dengan pesaingnya si 125ZR tu. Mungkin, jika Dinamik dikeluarkan lebih awal; sezaman dengan Yamaha Y110SS atau RG Sport, mungkin orang akan lebih menghargai rekaannya tu! Bukan itu je, disebabkan Dinamik ada rekaan swing arm yang unik, dia terpaksa mengorbankan double stand jadi amat payah nak simpan atau nak mencuci motor.

 

7. SYM VF3i

 

Spesifikasi

  • Engine: 183cc, Single Cylinder, SOHC - 4 Valve, Liquid Cooled, Fuel Injected
  • Power: 19.7hp @ 9,000rpm
  • Torque: 17.4Nm @ 7,500rpm
  • Transmission: 6 Speed 
  • Berat: 124kg

Tak lengkap rasanya senarai ni kalau tak dimasukkan sekali dengan VF3i! Supermoped dari Taiwan ni memang pencetus revolusi dalam dunia peng-kapcai-an disebabkan dia mempunyai sesaran enjin yang paling besar (183cc) dan menghasilkan kuasa kuda paling tinggi (19hp) untuk sebuah kapcai. VF3i juga antara model terawal yang didatangkan dengan ABS depan belakang serta tangki bahan api 7L jadi kat celah mana buruknya motor ni?

Walau sepadu mana pun enjin dia boleh bagi, motor ni pun tak lari dari dikekah review-review buruk! Kerap dicop cap ayam, ramai yang kurang berpuas hati terutamanya akan masalah  jerking pada kelajuan rendah, enjin menjadi panas, bunyian yang bising serta gegaran yang boleh bikin parkinson.. Dah korang nak enjin besar, single cylinder, pada body kapcai; itulah yang korang dapat =)

Tak terhenti setakat disitu je, ramai juga yang mengadu apabila menghadapi masalah dari kualiti handling motor ini yang terutamanya pada halaju tinggi. Walaupun hebat dikutuk "cap ayam", VF3i tetap steady memberikan prestasi yang bagi min, agak cemerlang asalkan owner tak modi yang bukan-bukan..

 

KESIMPULAN

Maafkan min kalau menyinggung perasaan korang sebagai pengguna motor-motor kat atas! Walaupun menerima bad review, tidak semestinya semua ulasan itu disebabkan oleh ralat dari motor. Faktor tunggangan, mentaliti owner dan modifikasi diluar batas fikiran pun boleh jadi punca kenapa motor-motor ni  "tak menepati" jangkaan owner-owner motor kat atas! Semoga bermanfaat!


Takkan tengok je? Meh klik sini untuk info lebih menarik!

Kami Ebidmotor.com ada menjual pelbagai jenis motosikal terpakai atau motor baru seperti Yamaha Y15 ,  LC 135 , EGO S ,  Lagenda 110 / 115Z Fi ,  125ZR , Solariz , Avantiz , FZ 150 , Nmax 155 , NVX , Nouvo LC , R15 , R25 , Honda BeAT , Ex5 , Wave , Dash , Future 125, PCX , RS150 Repsol Trico , RS 150 , Vario 150 , RFS 150 , TNT 135 , KTM Duke 200 , Duke 250 , Duke 390 , RC 200 , RC 250 , RC 390 , Modenas Kriss 100 , Kriss 110 , Kriss 120 , MR1 , MR 2 , Dinamik 120 , Pulsar NS 200 , Pulsar RS 200 , SYM E Bonus 110 , Evo 250 , SM Sport , Sport Rider 125 , VF3i VTS 200 dan lain lain.

Share:

© EbidMotor.com. Hak cipta terpelihara

EbidMotor
Hi there,
How can I help you?
00:01
Start Chat
Login Modal Trade-in Modal Trade-in Submitted Successful Modal Place Deposit Modal Place Deposit Modal Loan FAQs Modal Enquiry Modal Loan Calculator Modal Homepage Loan Calculator Modal
Alamak! Something went wrong. Tutup Tidak Lihat Teruskan Beli Sekarang! Lihat Lagi Harga Pemasaran Percuma Laman Utama Alamat emel diperlukan Akaun Anda Tidak Disahkan Alamak! Akaun anda tidak disahkan. Sila sahkan akaun anda untuk meneruskan. Sahkan Akaun Sekarang Sahkan Kemudian Sila klik "Pergi ke Halaman Temujanji" untuk melihat janji temu anda. Pergi ke Halaman Temujanji tukar gambar profil Maklumat Peribadi Temu Janji Saya Dompet saya Permohonan Loan Saya Kegemaran Saya Iklan saya Log keluar Sejarah Pembelian Saya Kod pengesahan tidak sah! Tiada temu janji. Batal Teruskan memadamkan kad ini? Tindakan ini tidak boleh dibuat asal. Padam Batal Belum ada transaksi. Alamak, anda belum memasukkan maklumat akaun bank peribadi anda. Sila pastikan anda memberikan maklumat akaun bank peribadi yang betul supaya kami boleh memproses bayaran balik. Masukkan maklumat akaun bank peribadi Tiada permohonan pinjaman. Ditolakkan Diluluskan Memproses Menunggu Keputusan Draf Tiada iklan. Kemas kini Padam Teruskan memadam iklan ini? Adakah anda pasti mahu menyimpan sebagai draf? Simpan Sebagai Draf Permohonan Loan Saya Teruskan dengan draf Produk telah diturunkan! Kredit Tidak mencukupi Alamak! Kredit dalam aplikasi tidak mencukupi untuk meneruskan pembayaran untuk RM300. Sila tambah nilai di sini untuk meneruskan. Tambah Nilai Berjaya! Tambah nilai Nanti Pembayaran berjaya! Sila klik "Hantar Permohonan Pinjaman Sekarang" untuk meneruskan penyerahan pinjaman. Hantar Permohonan Pinjaman Sekarang Sila klik "Beli dengan Tunai Sekarang" untuk meneruskan perbelian. Beli dengan Tunai Sekarang Sila klik "Tawarkan Harga Sekarang" untuk meneruskan pembidaan. Tawarkan harga sekarang Tiada motosikal! Harga Terkini: Wang Tunai Pinjaman Tambah ke kegemaran Padam dari kegemaran Tiada motosikal! Harga Motosikal: Jual Telah Ditempah Sahkan Sahkan Pembelian Anda Anda hanya perlu membayar yuran pendahuluan RM300 untuk tempahan motor. Baki yang perlu dijelaskan boleh dibayar melalui dalam talian atau hadir ke bilik pameran kami dalam masa 3 hari. Pegawai kami akan menghubungi anda dalam masa 2 jam waktu bekerja (Isnin- Sabtu) untuk proses seterusnya. Motosikal: Yuran pendahuluan Baki Yang Perlu Dijelaskan Batal Harga Motosikal: Harga Motosikal Harga termasuk: Cukai Jalan Insurans Pemeriksaan Pemindahan Hakmilik Alamak! Akaun anda tidak dapat memasuki halaman Pembidaan/Lelong Pembidaan/Lelong hanya dibuka untuk akaun syarikat / peniaga. Pergi ke halaman Motosikal Terpakai Sesi Pembidaan Seterusnya : MASA YANG TINGGAL : jam minit saat Bidaan tutup, halaman akan dimuat semula dalam masa 10 saat. Bidaan tutup, halaman akan dimuat semula dalam masa [10] saat. Bidaan bermula, halaman akan dimuat semula dalam masa 10 saat. Harga Bermula Dari Harga yang telah dijual Extended Tawaran Sekarang * Tawaran Tertinggi Semasa Tawaran Semasa * Anda adalah penawar yang lebih rendah * Anda adalah penawar yang tertinggi Jumlah Max Bid Anda Harge bidaan maksimum mestilah berganda dengan 50! Jumlah Max Bid anda mestilah lebih tinggi daripada harga tawaran terkini Sila sahkan Max Bid Anda Motosikal: Jumlah Max Bid Anda Harga Tawaran Terkini Masa Waktu Tawaran Kami: 12:00 petang hingga 7 malam Confirm Tukar Jumlah Tambah Nilai Berjaya! Sila klik "Letak Bidaan Sekarang" untuk meneruskan pembidaan. Tawarkan harga sekarang Nanti Harge bidaan manual mestilah berganda dengan 50! Sila sahkan Manual Bid Anda Motosikal: Tawaran Anda: Harga Tawaran Terkini: Masa Confirm Tukar Jumlah Permulaan Pembidaan : Tawarkan Harga Saya "Max Bid" adalah satu taktik pembidaan secara automatik yang membolehkan anda tetapkan JUMLAH MAKSIMUM untuk membida motosikal tertentu. Sistem pembidaan kami akan membuat tawaran bagi pihak anda secara automatik. Ia akan sentiasa meletakkan jumlah bidaan yang terendah dan tidak akan melebihi jumlah yang anda tentukan untuk "Max Bid". Turn on screen reader support Pilihan "Manual Bid" membolehkan anda meningkatkan jumlah penawaran dari minimum RM50 hingga maksimum RM1,000. Sebut harga anda harus lebih tinggi daripada harga tawaran semasa. Anda perlu memasukkan jumlah bidaan baru setelah seseorang letak harga tawaran lebih tinggi daripada anda. MaxBid Manual Bid * Sila masukkan Max Bid anda Tawaran manual akan menjadi jumlah yang anda bida lebih tinggi daripada harga penawaran semasa. * Klik untuk meletakkan tawaran manual anda dengan meningkatkan Tawaran Sebelumnya lihat tawaran penawar Padamkan item ini Adakah anda pasti mahu padamkan item ini dari senarai tawaran langsung? Tiada motosikal yang dibeli. Harga Motosikal: Order No. Tarikh Loan No. Jumlah Pinjaman Termasuk Yuran Pemprosesan & Insurans Bayaran Pendahuluan Ansuran Bulanan Tiada motosikal yang digemari. Padam dari kegemaran Wilayah Harga Sila hubungi kami 1700-81-7700 untuk mempercepatkan proses pengesahan. (9.30AM-6.30PM Isnin - Sabtu) Insurans diperlukan Wilayah diperlukan Bandar diperlukan Tidak termasuk Insurans dan pengangkutan/penghantaran Insurans Pengangkutan/Penghantaran Wilayah Bandar Bayaran Insuran Bayaran Penghantaran Pilih Insurans Pilih Wilayah Pilih Bandar Tidak Perlu Insurans pihak pertama Insurans pihak ketiga Ambil sendiri Penghantaran terus ke lokasi anda Jumlah Motosikal Telah Terjual Tiada rekod lagi.