E B I D M O T O R

Loading

Top 5 Sportbike 650cc Yang Terpaling Power, Tapi Mesra Newbies!

Bukan je mampu milik, namun beberapa model 650cc ini agak mesra pemula yang baru nak bertatih dalam kategori motor besar berprestasi tinggi. Jadi, kalau korang tak nak melabur mahal-mahal sangat untuk sebuah sportbike dan dalam masa yang sama, masih nakkan sesuatu yang berprestasi, inilah pilihan yang korang boleh pertimbangkan!

 

1. MODENAS NINJA 650 (Mampu milik, mesra newbies)

Modenas Ninja 650 ini dijana oleh enjin 649cc, Parallel-Twin Cylinder DOHC milik Kawasaki yang mana menawarkan kuasa 67.3hp dengan tork maksimum 64Nm. Top speed dia? Ada yang mampu mencecah 212km/h gais! Kalau Versys 650 nampak macam motor orang tua sangat, Ninja 650 pun boleh menggalas tanggungjawab touring juga tau!

Berbeza dengan versi Kawasaki, Ninja 650 dari Modenas dibekalkan dengan teknologi Traction Control 3 stage, Dual Throttle Valve, Slipper Clutch dan ABS kini didatangkan sebagai ciri standard.

Bahasa rekaan Ninja 650 jni lebih menerapkan unsur Ninja yang tajam macam adik beradik 250cc & 400cc dia yang lain. Lampu utama menggunakan LED, bersama panel meter TFT berwarna penuh yang boleh disambungkan dengan aplikasi “Rideology” oleh Kawasaki. Harga yang ditawarkan pun agak murah yang bermula dari RM35,200 sahaja!

 

2. YAMAHA R7 (Ada gaya, pickup melambung)

Dikala semua motor dah menerima update, Yamaha masih lagi mengekalkan resepi sama pada R7 dia. Pun begitu, R7 ni diketahui mempunyai gabungan prestasi enjin yang tinggi serta handling dan gaya yang cemerlang menjadikannya pilihan popular dalam kalangan peminat motosikal bawah 1000cc (selain R6).. Top speed dikatakan mampu mencecah 231km/h!

Yamaha membuat keputusan untuk memasukkan enjin 689cc, CP-2, DOHC pada R7 yang mana mampu menjana 72hp dan 67Nm! Cakap pasal gaya, R7 mempunyai riding postition yang agak agresif, ngam-ngam untuk dibuat masuk track! R7 sengaja direka untuk lebih kurus, aerodinamik dan mempunyai frame yang ringan untuk mengimbangi kuasa daripada enjin CP2 yang juga direka menjadi lebih ringan. 270 degree crank dari enjin ini menawarkan pecutan yang linear dengan gegaran yang minimum!

Dengan tanda harga USD 9,199 (RM42.7K), owner bakal menerima ciri-ciri menarik seperti slipper clutch, quickshifter, caliper brek BREMBO, fork USD dan panel meter digital!

 

3. APRILIA RS660 (2 silinder tapi cukup berkuasa, cukup premium)

Di Malaysia, kita ditawarkan dengan varian Extrema yang mana lebih sporty berbanding RS660 standard. RS660 Extrema ini dijana oleh enjin 660cc, Inline-Twin, DOHC yang mana menghamburkan 100hp dan 67 Nm tork. Top speed yang direkodkan mencecah 242km/h dan menemui cutoff..

RS660 ni ada personaliti yang agak sporty yang mana mampu membawa penungangnya untuk merasai feel dalam track kat atas jalan raya! Yelah, RS660 agak ringan (166kg) tapi padat, serta agak stabil pada kelajuan tinggi. Bayangkan sendiri dari enjin dua dapo RS660 ini ditala sehingga 100hp dan dipasang pula pada body yang ringan! Memang cukup eksotik!

Dengan harga sekitar RM79,900, Aprilia turut menawarkan ciri-ciri stadard seperti ekzos SC Project, Traction Control, Cornering ABS, Engine Brake Control, Wheelie Control dan Quickshifter! 

 

4. HONDA CBR650R (Banyak jajan, enjin dipercayai)

Model CBR650R adalah model sport kelas middleweight yang menawarkan kebolehgunaan harian yang lebih sporty dan berkuasa tinggi! Untuk model 2024 yang baru dilancarkan ini, Honda mengaplikasikan penggayaan dari model Fireblade serta menjadikan motor ini platform yang pertama dalam line-up Honda untuk menggunakan sistem E-Clutch!

CBR650R dijana oleh enjin yang sama macam CB650R; 649cc, Inline-4, DOHC, 16-valve yang mampu menjana 94hp dan tork 63 Nm. Hionda kekal menggunakan enjin yang sama disebabkan reputasi enjin ini yang tahan lasak dan berprestasi tinggi. Berkat enjin 4 dapo milik Honda ini, CBR650R mampu mencatatkan top speed sekitar 240km/h!

Turut didatangkan sebagai ciri standard adalah seperti Sliper Clutch, Traction Control, ABS dua-channel, fork USD SFF-BP Showa, serta caliper brek 4 piston. Harga? Untuk model 2023, ia ditawarkan pada harga RM46,499 je..

 

5. TRIUMPH DAYTONA 660 (3 Silinder, lebih menyengat)

Triumph baru saja memperkenalkan kemunculan semula Daytona 660 yang mana cukup terkenal dengan enjin 3 silinder dia tu! Triumph telah melakukan beberapa naiktaraf dari enjin 660cc, Inline-3 dari Trident 660 untuk dimuatkan pada Daytona 660 yang mana kini mampu menghamburkan 94hp dan tork 69Nm.

Naik taraf seperti triple throttle body, cylinder head, camshaft, crankshaft dan sistem ekzos 3-in-1 yang baru ini telah menjadikan prestasi Daytona 660 ini lebih responsif pada tork di RPM rendah, kuasa mid-range yang mengujakan dan top end yang menaikkan bulu roma korang alhasil dari pengolahan semula final gear ration agar lebih sesuai dengan karakter enjin! 

Selain daripada itu, Daytona yang ditawarkan di US pada tanda harga USD9,195 (RM42.6k) ini turut menawarkan ciri-ciri menarik seperti Traction control, Slipper clutch, 3 mod tunggangan, ABS dual channel, fork USD SFF-Bp dan monoshock bolh laras dari Showa, dan panel meter TFT.


Ebid Motor Sdn Bhd (SSM 1357737-M)

BOOKING melalui Pegawai Kami


Kami Ebidmotor.com ada menjual pelbagai jenis motosikal terpakai atau motor baru seperti Yamaha Y15 ,  LC 135 , EGO S ,  Lagenda 110 / 115Z Fi ,  125ZR , Solariz , Avantiz , FZ 150 , Nmax 155 , NVX , Nouvo LC , R15 , R25 , Honda BeAT , Ex5 , Wave , Dash , Future 125, PCX , RS150 Repsol Trico , RS 150 , Vario 150 , RFS 150 , TNT 135 , KTM Duke 200 , Duke 250 , Duke 390 , RC 200 , RC 250 , RC 390 , Modenas Kriss 100 , Kriss 110 , Kriss 120 , MR1 , MR 2 , Dinamik 120 , Pulsar NS 200 , Pulsar RS 200 , SYM E Bonus 110 , Evo 250 , SM Sport , Sport Rider 125 , VF3i VTS 200 dan lain lain.

Share:

© EbidMotor.com. Hak cipta terpelihara

EbidMotor
Hi there,
How can I help you?
00:01
Start Chat
Login Modal Trade-in Modal Trade-in Submitted Successful Modal Place Deposit Modal Place Deposit Modal Loan FAQs Modal Enquiry Modal Loan Calculator Modal Homepage Loan Calculator Modal
Alamak! Something went wrong. Tutup Tidak Lihat Teruskan Beli Sekarang! Lihat Lagi Harga Pemasaran Percuma Laman Utama Alamat emel diperlukan Akaun Anda Tidak Disahkan Alamak! Akaun anda tidak disahkan. Sila sahkan akaun anda untuk meneruskan. Sahkan Akaun Sekarang Sahkan Kemudian Sila klik "Pergi ke Halaman Temujanji" untuk melihat janji temu anda. Pergi ke Halaman Temujanji tukar gambar profil Maklumat Peribadi Temu Janji Saya Dompet saya Permohonan Loan Saya Kegemaran Saya Iklan saya Log keluar Sejarah Pembelian Saya Kod pengesahan tidak sah! Tiada temu janji. Batal Teruskan memadamkan kad ini? Tindakan ini tidak boleh dibuat asal. Padam Batal Belum ada transaksi. Alamak, anda belum memasukkan maklumat akaun bank peribadi anda. Sila pastikan anda memberikan maklumat akaun bank peribadi yang betul supaya kami boleh memproses bayaran balik. Masukkan maklumat akaun bank peribadi Tiada permohonan pinjaman. Ditolakkan Diluluskan Memproses Menunggu Keputusan Draf Tiada iklan. Kemas kini Padam Teruskan memadam iklan ini? Adakah anda pasti mahu menyimpan sebagai draf? Simpan Sebagai Draf Permohonan Loan Saya Teruskan dengan draf Produk telah diturunkan! Kredit Tidak mencukupi Alamak! Kredit dalam aplikasi tidak mencukupi untuk meneruskan pembayaran untuk RM300. Sila tambah nilai di sini untuk meneruskan. Tambah Nilai Berjaya! Tambah nilai Nanti Pembayaran berjaya! Sila klik "Hantar Permohonan Pinjaman Sekarang" untuk meneruskan penyerahan pinjaman. Hantar Permohonan Pinjaman Sekarang Sila klik "Beli dengan Tunai Sekarang" untuk meneruskan perbelian. Beli dengan Tunai Sekarang Sila klik "Tawarkan Harga Sekarang" untuk meneruskan pembidaan. Tawarkan harga sekarang Tiada motosikal! Harga Terkini: Wang Tunai Pinjaman Tambah ke kegemaran Padam dari kegemaran Tiada motosikal! Harga Motosikal: Jual Telah Ditempah Sahkan Sahkan Pembelian Anda Anda hanya perlu membayar yuran pendahuluan RM300 untuk tempahan motor. Baki yang perlu dijelaskan boleh dibayar melalui dalam talian atau hadir ke bilik pameran kami dalam masa 3 hari. Pegawai kami akan menghubungi anda dalam masa 2 jam waktu bekerja (Isnin- Sabtu) untuk proses seterusnya. Motosikal: Yuran pendahuluan Baki Yang Perlu Dijelaskan Batal Harga Motosikal: Harga Motosikal Harga termasuk: Cukai Jalan Insurans Pemeriksaan Pemindahan Hakmilik Alamak! Akaun anda tidak dapat memasuki halaman Pembidaan/Lelong Pembidaan/Lelong hanya dibuka untuk akaun syarikat / peniaga. Pergi ke halaman Motosikal Terpakai Sesi Pembidaan Seterusnya : MASA YANG TINGGAL : jam minit saat Bidaan tutup, halaman akan dimuat semula dalam masa 10 saat. Bidaan tutup, halaman akan dimuat semula dalam masa [10] saat. Bidaan bermula, halaman akan dimuat semula dalam masa 10 saat. Harga Bermula Dari Harga yang telah dijual Extended Tawaran Sekarang * Tawaran Tertinggi Semasa Tawaran Semasa * Anda adalah penawar yang lebih rendah * Anda adalah penawar yang tertinggi Jumlah Max Bid Anda Harge bidaan maksimum mestilah berganda dengan 50! Jumlah Max Bid anda mestilah lebih tinggi daripada harga tawaran terkini Sila sahkan Max Bid Anda Motosikal: Jumlah Max Bid Anda Harga Tawaran Terkini Masa Waktu Tawaran Kami: 12:00 petang hingga 7 malam Confirm Tukar Jumlah Tambah Nilai Berjaya! Sila klik "Letak Bidaan Sekarang" untuk meneruskan pembidaan. Tawarkan harga sekarang Nanti Harge bidaan manual mestilah berganda dengan 50! Sila sahkan Manual Bid Anda Motosikal: Tawaran Anda: Harga Tawaran Terkini: Masa Confirm Tukar Jumlah Permulaan Pembidaan : Tawarkan Harga Saya "Max Bid" adalah satu taktik pembidaan secara automatik yang membolehkan anda tetapkan JUMLAH MAKSIMUM untuk membida motosikal tertentu. Sistem pembidaan kami akan membuat tawaran bagi pihak anda secara automatik. Ia akan sentiasa meletakkan jumlah bidaan yang terendah dan tidak akan melebihi jumlah yang anda tentukan untuk "Max Bid". Turn on screen reader support Pilihan "Manual Bid" membolehkan anda meningkatkan jumlah penawaran dari minimum RM50 hingga maksimum RM1,000. Sebut harga anda harus lebih tinggi daripada harga tawaran semasa. Anda perlu memasukkan jumlah bidaan baru setelah seseorang letak harga tawaran lebih tinggi daripada anda. MaxBid Manual Bid * Sila masukkan Max Bid anda Tawaran manual akan menjadi jumlah yang anda bida lebih tinggi daripada harga penawaran semasa. * Klik untuk meletakkan tawaran manual anda dengan meningkatkan Tawaran Sebelumnya lihat tawaran penawar Padamkan item ini Adakah anda pasti mahu padamkan item ini dari senarai tawaran langsung? Tiada motosikal yang dibeli. Harga Motosikal: Order No. Tarikh Loan No. Jumlah Pinjaman Termasuk Yuran Pemprosesan & Insurans Bayaran Pendahuluan Ansuran Bulanan Tiada motosikal yang digemari. Padam dari kegemaran Wilayah Harga Sila hubungi kami 1700-81-7700 untuk mempercepatkan proses pengesahan. (9.30AM-6.30PM Isnin - Sabtu) Insurans diperlukan Wilayah diperlukan Bandar diperlukan Tidak termasuk Insurans dan pengangkutan/penghantaran Insurans Pengangkutan/Penghantaran Wilayah Bandar Bayaran Insuran Bayaran Penghantaran Pilih Insurans Pilih Wilayah Pilih Bandar Tidak Perlu Insurans pihak pertama Insurans pihak ketiga Ambil sendiri Penghantaran terus ke lokasi anda Jumlah Motosikal Telah Terjual Tiada rekod lagi.