E B I D M O T O R

Loading

Top 10 Naked 250cc Paling Santai Sehingga Paling Berdesup Di Malaysia!

Dalam segmen sportbike naked kelas B2, ada pelbagai pilihan model yang boleh didapati dalam julat harga yang lebih murah berbanding segmen fairing penuh. Disebabkan model naked ada karakter tunggangan yang menghampiri motosikal kapcai menjadikan segmen ini pilihan untuk pemula yang baru nak berjinak dengan motosikal yang berkuasa tinggi sikit dari kapcai!

Jadi untuk hari ini, min senaraikan TOP 10 sportbike 250cc kategori naked dari terpaling santai sehinggalah yang paling berprestasi tinggi! Teruskan membaca saaampai habis!

 

10. Modenas Pulsar NS200 -  Murah dan lasak

Memulakan carta adalah model street-naked yang diimport dari India oleh Modenas untuk ke pasaran Malaysia. Secara amnya, motosikal ni berjaya memberikan pengalaman sebuah motosikal sport yang boleh tahan gagah untuk harga yang lebih mampu milik. Yelah, ada ABS, crashbar, suspension Nitrox serta teknologi DTS-i iaitu tiga spark plug untuk pembakaran lebih efisyen!

Pulsar NS200 ni menggunakan enjin Single Cylinder yang sama macam KTM 200cc jadi karakter dia pun akan sama gais. Bila menunggang, akan ada terasa gegaran dan bunyi enjin yang agak kuat. Tapi, bila dah laju sikit, dah tak dengar dah bunyi-bunyian dari motor ni! Bezanya,

JENIS ENJIN Single Cylinder 199.5cc, SOHC Liquid Cooled, 4 Valve, DTS-i 
KUASA KUDA | TORK  24.2 hp @ 9,750rpm | 18.6Nm @ 8,000 rpm 
TOP SPEED 143km/h
BERAT | FUEL TANK 160kg | 12.5L
HARGA BARU RM9,655

 

9. Husqvarna Svartpilen 250 - Sedap mata memandang 

Diperkenalkan khas untuk pasaran India dan Asia pada 2019, Svartpilen 250 menggunakan powerplant yang sama seperti yang dijana pada model KTM Duke 250 cuma ditala lebih rendah sikit. Svartpilen 250 ni lebih cenderung kepada fungsi dual-purpose jadi karakter single-piston dari KTM Duke 250 cukup untuk menampung kefungsian sebenar motor ni.

Sama macam KTM, kuasa awal dia agak "punchy" tapi enjin dia mula agresif bila melepasi 4000 rpm. Nak cecah 3 angka memang tak ada masalah tapi macam biasa, getaran dari handlebar, foot peg dan tempat duduk akan terasa bila melepasi 100km/h! Berbanding KTM, Husqvarna ada rekaan yang futuristik dengan postur menunggang yang lebih selesa, jadi boleh digunakan untuk berulang-alik kerja setiap hari atau perjalanan jauh sekali sekala.. Yelah, tank pun kecik je gais!

JENIS ENJIN Single Cylinder 249cc, liquid-cooled, DOHC, 4-Valve, Fuel-injected
KUASA KUDA | TORK  29.63hp @ 9,000rpm | 24 N.m @ 7,500 rpm
TOP SPEED 146km/h
BERAT | FUEL TANK 154kg | 9.5L
HARGA BARU RM24,800

 

8. Suzuki Gixxer 250 - Jimat minyak, sedap mid-range

Pencabar naked 250cc paling baru di Malaysia, Gixxer 250 yang baru je diperkenalkan oleh Suzuki mempunyai enjin yang tak lah terlalu berdesup memandangkan enjinnya cuma satu dapo.. Namun, dia tetap menawarkan kuasa mid-RPM yang baik untuk situasi perjalanan dalam bandar yang lebih selesa!

Salah satu ciri inovatif utama pada model ni adalah enjin satu silinder yang direka secara kompak dengan sistem penyejukan minyak Suzuki Oil Cooling System (SOCS). Gixxer 250 ini dilengkapi dengan teknologi Suzuki Eco Performance (SEP) yang memberikan kecekapan penggunaan petrol yang luar biasa. Paling best, dia menerima penarafan motosikal cekap tenaga tu (EEV)! Kata Suzuki, satu isian penuh boleh bergerak sejauh 400km tu!

JENIS ENJIN Single Cylinder 249cc, liquid-cooled, SOHC, 4 valve, Fuel Injected
KUASA KUDA | TORK  26.7hp @ 9300rpm | 22.2Nm @ 7300rpm
TOP SPEED 147km/h
BERAT | FUEL TANK 156kg | 12L
HARGA BARU RM14,500

 

7. KTM Duke 250 - Rupa gagah, sedap main corner

Jentera KTM ni antara yang paling dikenali dengan enjin single piston dia yg cukup agresif dan responsif lagi-lagi nak melayan cornering ataupun memerlukan pecutan yang tinggi dari keadaan statik! Memandangkan dia ada satu dapo je, respon enjin sangat kuat dan memang terasa kick dia. Pun begitu, kuasa maksimum jadi lebih terhad dan semestinya gegaran parkinson akan terjadi.

Motosikal ini menawarkan riding position menegak untuk kawalan yang lebih stabil pada mana-mana kelajuan. Disamping ada penawaran ABS, KTM Duke 250 pun amat stabil apabila dan layan gila apabila memasuki selekoh atau jalan berbukit! Penunggang bawah 167cm mungkin terasa kekok sikit sebab seat position dia agak tinggi! Tapi jangan risau, tunggangan tetap terasa nimble dan ringan!

JENIS ENJIN Single Cylinder 249cc, liquid-cooled, DOHC, 4 valve, Fuel Injected
KUASA KUDA | TORK  30hp @ 9,000rpm | 24 N.m @ 7,250 rpm
TOP SPEED 148km/h
BERAT | FUEL TANK 149kg | 13.4L
HARGA BARU RM21,500

 

6. CFMOTO 250NK - Sporty, tapi murah

Walaupun bukan buatan Jepun, tapi CFMOTO berjaya membuang stigma "motor pakai buang" dengan membina motor yang berkualiti separas motor Eropah! Seperti 250NK, model ini ada karakter dan kualiti yang sama je macam KTM Duke 250 memandangkan CFMOTO memasang model KTM untuk pasaran China!

Menariknya, 250NK ada dua mod tunggangan: Sport & Rain yang mengawal kuasa dan tindak balas throttle. Klac pula jenis hidraulik yang meminimumkan kepejalan lever klac berbanding jenis guna cable. Selain daripada itu, 250NK tampil mewah dengan USD fork, sistem ABS dual channel dan meter TFT bersama sambungan ke telefon pintar!

JENIS ENJIN Single Cylinder 249cc, liquid-cooled, DOHC, 4 valve, Fuel Injected
KUASA KUDA | TORK  26hp @ 9000rpm | 22Nm @ 7500rpm
TOP SPEED 152km/h
BERAT | FUEL TANK 151kg | 12.5L
HARGA BARU RM12,800-RM13,800

 

 

5. Honda CB250R - Ala-ala cafe racer, tapi lebih premium

Salah satu model mewah yang sesuai untuk ditunggang para beginner B2 adalah model street-naked CB250R dari Honda! Motor ni membawa manifestasi sebuah motosikal yang simple, tapi padat! Kalau korang naik, motor ni memang sangat santai dan badan korang macam dah bersatu dengan motor. Dia datang dengan fork SFF-BP dari Showa, brek ABS, meter digital dan Slipper clutch.

Tak seperti saudara CBR250RR dia tu, motor ni menimbulkan ketidakpuasan hati rider kat Malaysia disebabkan konfigurasi enjin single-piston dia tu! Tapi, tak dinafikan, dia tetap memberikan prestasi yang agak lancar selayaknya motosikal bersesaran 250cc. Enjin satu silinder terasa berkuasa dan 'torky' bila dipulas. Apa yang perlu dipuji ialah gegaran sangat minimal hingga kelajuan 120km/h.

JENIS ENJIN Single Cylinder 249cc, liquid-cooled, DOHC, 4 valve, Fuel Injected
KUASA KUDA | TORK  27.2hp @ 9,000rpm | 23.4 N.m @ 7,750 rpm
TOP SPEED 155km/h
BERAT | FUEL TANK 144kg | 10.1L
HARGA BARU RM23,999

 

4. Benelli TNT 249S - Murah tapi bunyi sedap

Model streetfighter buatan Itali celup China ini sebenarnya agak basic namun boleh dikatakan model underdog yang tak banyak orang tahu pun! Dengan frame trellis yang sesuai untuk high performance, TNT 249S ni juga garang atas dua sebab lain; Spec & bunyi dia!

Karakter enjin motor ni agak berkuasa tinggi dan memuaskan untuk over-rev iaitu 2 silinder 250cc, 8 valve yang mampu menghasilkan 32hp! Ekzos underslug bawah dia tu yang bikin lagi stim bila throttle dipulas! Bukan itu je,  motor ni ada twin disc brake dengan saiz 260mm bersama Caliper 4 piston kat depan tau! 

JENIS ENJIN Twin-Cylinder 249cc, DOHC Liquid Cooled, 8 Valve
KUASA KUDA | TORK  32 hp @ 9,000rpm | 21Nm @ 9,000 rpm 
TOP SPEED 159km/h
BERAT | FUEL TANK 195kg | 16L
HARGA BARU RM15,888

 

3. QJMotor SRK250 - Bukan brand Jepun yang berdesup

Sama seperti CFMOTO, model-model dari QJMoto juga masih baru lagi dalam pasaran sportbike di Malaysia tapi dia dah mula mendapatkan reputasi yang baik terutamanya model SRK250 yang sangat tiptop dalam kelasnya tersendiri.. Walaupun ada design yang simple je, tapi dia boleh bersaing pickup dengan motor naked dari Yamaha atau Modenasaki tau!

Sama seperti TNT249S, SRK250 ada bunyi yang agak "jahat". Nak dapatkan top speed pun agak mudah dan enjin tak terasa terbeban. Biarpun dari China, SRK250 tetap menawarkan ciri menarik macam ABS dual channel, fork USD, serta panel meter digital berwarna penuh!

JENIS ENJIN Inline Twin Cylinder, 249cc, 8 Valves, DOHC, Liquid Cooled, Fuel Injected
KUASA KUDA | TORK  31.5hp @ 11,000 rpm | 21.2Nm @ 9,000 rpm.
TOP SPEED 161km/h
BERAT | FUEL TANK 176kg | 14L
HARGA BARU RM16,888

 

2. Yamaha MT-25 - Tork di setiap RPM, the "Best Workhorse"!

Mustahil untuk melupakan MT-25 yang merupakan saudara senasab dengan sportbike rakyat, R25! Kuasa enjin 250cc Inline-twin dari Yamaha ni ada kuasa yang masih boleh diterima dan agak rev-free di setiap RPM.. Benda memang sedap, tapi pemilik kena sentiasa peka akan jadual penukaran minyak hitam kat motor ni. Dari segi equipment, MT25 didatangkan dengan fork USD, sistem brek ABS, meter LCD serta padanan lampu LED yang unik

Dari segi kualiti tunggangan, MT25 ada seating position yang comfort; tak terlalu berat untuk mengawal kekuatan enjin 2 silinder yang sangat responsif pada mana-mana RPM tu. Kawalan handle dapat dicapai dengan kemas dan tak lah terasa lenguh yang ketara untuk trip yang jauh. 

JENIS ENJIN Inline Twin Cylinder, 249cc, 8 Valves, DOHC, Liquid Cooled, Fuel Injected
KUASA KUDA | TORK  35.5hp @ 12,000 rpm | 23.6Nm @ 10,000 rpm.
TOP SPEED 170km/h
BERAT | FUEL TANK 167kg | 14L
HARGA BARU RM22,998

 

1. Kawasaki-Modenas Z250 - Pakej terbaik, paling seronok di low-mid range RPM 

Model yang amat sinonim dengan kategori naked dan seteru utama bagi model MT25 semestinya adalah dari Z250! Z250 sememangnya mempunyai reka bentuk tradisional yang masih lagi relevan pada tahun 2023 ni.Tak terlalu menonjol tapi masih sedap dipandang. Walaupun ciri menarik ni tak ternampak pada fizikal motor ini, tapi Z250 menawarkan "Riding Assist" seperti Assist & Slipper Clutch, ABS dan Economical Riding Indicator.

Motor ini amat bertepatan untuk yang mencari "feeling" kelajuan dalam tunggangan. Kuasa enjin dan janaan pickup tak naik mendadak, sebaliknya cukup linear. Tunggangan RPM rendah pada gear tinggi langsung tak menyentak membuatkan dia lebih untuk selesa ditunggang.

JENIS ENJIN Inline Twin Cylinder, 249cc, 8 Valves, DOHC, Liquid Cooled, Fuel Injected
KUASA KUDA | TORK  36.5hp @ 12,500 rpm | 23Nm @ 10,000 rpm.
TOP SPEED 173km/h
BERAT | FUEL TANK 168kg | 17L
HARGA BARU RM19,500
 
BACA JUGA : Inilah Top 250cc Sportbike Dari Terlembab Hingga Paling Power Di Malaysia!

 


TENTANG EBID MOTOR

Kami Ebidmotor.com ada menjual pelbagai jenis motosikal terpakai atau motor baru seperti Yamaha Y15 ,  LC 135 , EGO S ,  Lagenda 110 / 115Z Fi ,  125ZR , Solariz , Avantiz , FZ 150 , Nmax 155 , NVX , Nouvo LC , R15 , R25 , Honda BeAT , Ex5 , Wave , Dash , Future 125, PCX , RS150 Repsol Trico , RS 150 , Vario 150 , RFS 150 , TNT 135 , KTM Duke 200 , Duke 250 , Duke 390 , RC 200 , RC 250 , RC 390 , Modenas Kriss 100 , Kriss 110 , Kriss 120 , MR1 , MR 2 , Dinamik 120 , Pulsar NS 200 , Pulsar RS 200 , SYM E Bonus 110 , Evo 250 , SM Sport , Sport Rider 125 , VF3i VTS 200 dan lain lain.

Share:

© EbidMotor.com. Hak cipta terpelihara

EbidMotor
Hi there,
How can I help you?
00:01
Start Chat
Login Modal Trade-in Modal Trade-in Submitted Successful Modal Place Deposit Modal Place Deposit Modal Loan FAQs Modal Enquiry Modal Loan Calculator Modal Homepage Loan Calculator Modal
Alamak! Something went wrong. Tutup Tidak Lihat Teruskan Beli Sekarang! Lihat Lagi Harga Pemasaran Percuma Laman Utama Alamat emel diperlukan Akaun Anda Tidak Disahkan Alamak! Akaun anda tidak disahkan. Sila sahkan akaun anda untuk meneruskan. Sahkan Akaun Sekarang Sahkan Kemudian Sila klik "Pergi ke Halaman Temujanji" untuk melihat janji temu anda. Pergi ke Halaman Temujanji tukar gambar profil Maklumat Peribadi Temu Janji Saya Dompet saya Permohonan Loan Saya Kegemaran Saya Iklan saya Log keluar Sejarah Pembelian Saya Kod pengesahan tidak sah! Tiada temu janji. Batal Teruskan memadamkan kad ini? Tindakan ini tidak boleh dibuat asal. Padam Batal Belum ada transaksi. Alamak, anda belum memasukkan maklumat akaun bank peribadi anda. Sila pastikan anda memberikan maklumat akaun bank peribadi yang betul supaya kami boleh memproses bayaran balik. Masukkan maklumat akaun bank peribadi Tiada permohonan pinjaman. Ditolakkan Diluluskan Memproses Menunggu Keputusan Draf Tiada iklan. Kemas kini Padam Teruskan memadam iklan ini? Adakah anda pasti mahu menyimpan sebagai draf? Simpan Sebagai Draf Permohonan Loan Saya Teruskan dengan draf Produk telah diturunkan! Kredit Tidak mencukupi Alamak! Kredit dalam aplikasi tidak mencukupi untuk meneruskan pembayaran untuk RM300. Sila tambah nilai di sini untuk meneruskan. Tambah Nilai Berjaya! Tambah nilai Nanti Pembayaran berjaya! Sila klik "Hantar Permohonan Pinjaman Sekarang" untuk meneruskan penyerahan pinjaman. Hantar Permohonan Pinjaman Sekarang Sila klik "Beli dengan Tunai Sekarang" untuk meneruskan perbelian. Beli dengan Tunai Sekarang Sila klik "Tawarkan Harga Sekarang" untuk meneruskan pembidaan. Tawarkan harga sekarang Tiada motosikal! Harga Terkini: Wang Tunai Pinjaman Tambah ke kegemaran Padam dari kegemaran Tiada motosikal! Harga Motosikal: Jual Telah Ditempah Sahkan Sahkan Pembelian Anda Anda hanya perlu membayar yuran pendahuluan RM300 untuk tempahan motor. Baki yang perlu dijelaskan boleh dibayar melalui dalam talian atau hadir ke bilik pameran kami dalam masa 3 hari. Pegawai kami akan menghubungi anda dalam masa 2 jam waktu bekerja (Isnin- Sabtu) untuk proses seterusnya. Motosikal: Yuran pendahuluan Baki Yang Perlu Dijelaskan Batal Harga Motosikal: Harga Motosikal Harga termasuk: Cukai Jalan Insurans Pemeriksaan Pemindahan Hakmilik Alamak! Akaun anda tidak dapat memasuki halaman Pembidaan/Lelong Pembidaan/Lelong hanya dibuka untuk akaun syarikat / peniaga. Pergi ke halaman Motosikal Terpakai Sesi Pembidaan Seterusnya : MASA YANG TINGGAL : jam minit saat Bidaan tutup, halaman akan dimuat semula dalam masa 10 saat. Bidaan tutup, halaman akan dimuat semula dalam masa [10] saat. Bidaan bermula, halaman akan dimuat semula dalam masa 10 saat. Harga Bermula Dari Harga yang telah dijual Extended Tawaran Sekarang * Tawaran Tertinggi Semasa Tawaran Semasa * Anda adalah penawar yang lebih rendah * Anda adalah penawar yang tertinggi Jumlah Max Bid Anda Harge bidaan maksimum mestilah berganda dengan 50! Jumlah Max Bid anda mestilah lebih tinggi daripada harga tawaran terkini Sila sahkan Max Bid Anda Motosikal: Jumlah Max Bid Anda Harga Tawaran Terkini Masa Waktu Tawaran Kami: 12:00 petang hingga 7 malam Confirm Tukar Jumlah Tambah Nilai Berjaya! Sila klik "Letak Bidaan Sekarang" untuk meneruskan pembidaan. Tawarkan harga sekarang Nanti Harge bidaan manual mestilah berganda dengan 50! Sila sahkan Manual Bid Anda Motosikal: Tawaran Anda: Harga Tawaran Terkini: Masa Confirm Tukar Jumlah Permulaan Pembidaan : Tawarkan Harga Saya "Max Bid" adalah satu taktik pembidaan secara automatik yang membolehkan anda tetapkan JUMLAH MAKSIMUM untuk membida motosikal tertentu. Sistem pembidaan kami akan membuat tawaran bagi pihak anda secara automatik. Ia akan sentiasa meletakkan jumlah bidaan yang terendah dan tidak akan melebihi jumlah yang anda tentukan untuk "Max Bid". Turn on screen reader support Pilihan "Manual Bid" membolehkan anda meningkatkan jumlah penawaran dari minimum RM50 hingga maksimum RM1,000. Sebut harga anda harus lebih tinggi daripada harga tawaran semasa. Anda perlu memasukkan jumlah bidaan baru setelah seseorang letak harga tawaran lebih tinggi daripada anda. MaxBid Manual Bid * Sila masukkan Max Bid anda Tawaran manual akan menjadi jumlah yang anda bida lebih tinggi daripada harga penawaran semasa. * Klik untuk meletakkan tawaran manual anda dengan meningkatkan Tawaran Sebelumnya lihat tawaran penawar Padamkan item ini Adakah anda pasti mahu padamkan item ini dari senarai tawaran langsung? Tiada motosikal yang dibeli. Harga Motosikal: Order No. Tarikh Loan No. Jumlah Pinjaman Termasuk Yuran Pemprosesan & Insurans Bayaran Pendahuluan Ansuran Bulanan Tiada motosikal yang digemari. Padam dari kegemaran Wilayah Harga Sila hubungi kami 1700-81-7700 untuk mempercepatkan proses pengesahan. (9.30AM-6.30PM Isnin - Sabtu) Insurans diperlukan Wilayah diperlukan Bandar diperlukan Tidak termasuk Insurans dan pengangkutan/penghantaran Insurans Pengangkutan/Penghantaran Wilayah Bandar Bayaran Insuran Bayaran Penghantaran Pilih Insurans Pilih Wilayah Pilih Bandar Tidak Perlu Insurans pihak pertama Insurans pihak ketiga Ambil sendiri Penghantaran terus ke lokasi anda Jumlah Motosikal Telah Terjual Tiada rekod lagi.