E B I D M O T O R

Loading

#SantaiWeekend: Honda Wave, Gelombang Bersiri Paling Mesra Rakyat!

Semuanya bermula pada 1995, bila Boon Siew Honda membawa masuk Siri Honda NF yang menggunakan kerangka tiub keluli dan set badan yang diperbuat daripada plastik. Walaupun banyak model yang dilancarkan dari jenama yang lain, pengguna tetap setia dengan model Wave ni! Honda menawarkan 3 jenis varian untuk Wave iaitu 100CC, 110CC dan 125CC

Honda Wave 100

Honda Wave 100, Motorbikes on Carousell

Dengan reka bentuknya yang cukup simple, minimalis, ringan dan yang paling penting, menjimatkan, ramai yang beli model ni daripada 1995 hinggalah 2012 (Hasil dapatan untuk pasaran Malaysia). Dengan ekzos yang sangat seiras dengan Honda EX5,  berat tak melebihi 95KG serta top speed hanya mencapai 100KM/J , ramai pengguna yang mengatakan model NF100 ni adalah EX5 yang disalinkan kulit je! 

Model Wave 100 dah melalui pelbagai facelift seperti model Wave 100R. Model-model saban tahun kebanyakkannya tiada perubahan yang signifikan pada bahagian enjin, iaitu 97cc, 7.19 HP @ 8000 RPM dan tork maksimum 7.34 Nm @ 5500 RPM. Selain daripada itu, semuanya hanyalah perubahan dari segi kosmetik, penambahan brek cakera, sport rim dan tangki minyak yang dibesarkan sedikit.

Honda Wave 110

Taknak terhad pada model 100CC je, Boon Siew melancarkan Wave versi 110CC yang didatangkan dengan enjin yang lebih besar, reka bentuk baharu yang lebih moden dan sporty, sport rim serta ada model yang ditawarkan disc brake pada varian tertentu. Bagi kami, varian 110CC adalah model yang paling banyak varian dan crossover seperti;

  • Honda Wave RS 110
  • Honda Wave S 110
  • Honda Wave DX 110
  • Honda Wave Alpha 110
  • Honda Wave Dash 110

A. Honda Wave S & Wave DX

Untuk Honda Wave S 110 dan Wave DX110, ia menggunakan enjin yang sama (109CC, 7.56HP @ 7500RPM dan Tork maksimum 8.32Nm @ 3500RPM) serta Headlight dan Tail light baru (lampu signal diasingkan) Bagi kami, Hondalah yang memulakan revolusi signal capang ni walaupun memang dah ditetapkan untuk keselamatan..

2013 Honda Wave 110 Launch 010

 

B. Honda Wave RS

Wave 110 RS ni ada enjin (109.1cc, 8.3HP @7500RPM dan tork maksimum 8.59N @ 5500RPM ) yang boleh menghasilkan accelaration yang lebih sikit dan penambahan tork pada setiap tingkat kelajuan. Ramai geng belia remaja dari tahun 2010 hingga 2012 yang angkat motor ni buat rembat atas highway kosong!

honda wave 110 body cover Offers online OFF 61%

 

C. Honda Wave Dash R & Wave Dash S

Sebelum Honda Dash ada kat liga dia sendiri, ia adalah cantuman daripada Wave 110 yang ditala enjinnya untuk sedikit power sama dengan namanya tu (dash=cepat..masuk akal lah kan?) siap ada disc brek depan belakang lagi tu! Untuk varian Dash 110, ia didatangkan dengan enjin (109cc, 8.58HP @7500RPM dan tork maksimum 8.56N @ 6000RPM ). Design yang mempunyai identiti sendiri serta tahan lasak dimana-mana keadaan yang membuatkan Honda buat keputusan nak pecahkan dia ke liga 125CC yang akan datang..

2013 Honda Wave Dash R and S 040

 

D. Honda Wave Alpha 

Kalau sesiapa yang pergi sekolah memandu pada tahun 2016 dan keatas, mesti korang akan dapat merasa motor ni. Motor ni adalah antara motosikal 110CC paling top dan laris yang terjual oleh Honda sebab design dia sangat handsome, jimat, tahan lasak,ringan dan laju..sikit! Ia dibekalkan dengan enjin (109.2cc, 8.3HP @7500RPM dan tork maksimum 8.54N @ 5500RPM ) yang sangat best untuk tunggangan bandar dan kampung!

Honda Wave Alpha (2017) Price in Malaysia From RM4,535 - MotoMalaysia

 

Honda Wave 125

Selepas kejayaan Wave 100, Boon Siew juga turut melancarkan varian 125CC yang mempunyai enjin yang lebih besar dan berkuasa pada tahun 2006. Model awal mempunyai power 9.10 HP  @ 7500 RPM dan tork maksimum 10.00 Nm @ 5500RPM  Antara komponen yang didatangkan sebagai ciri standard adalah disc brake depan, piston seramik, Gear indicator serta ruang bawah seat. Wave 125 pun turut ada pelbagai varian seperti Wave Ultimo, Dash, dan Wave 125i. 

 

A. Honda Wave 125X Ultimo

Motor yang diperkenalkan pada tahun 2010 ni memang boleh kasi  prestasi pecutan yang mantap dan tork yang lebih daripada mencukupi, terutamanya semasa mendaki bukit. Ini sebab dia ada enjin 124.8cc, 9HP @ 7500RPM dan tork maksimum 10Nm @ 5500RPM. Rasanya, dia seorang je yang ada ekzos rupa macam tu..Wave lain mana ada! 

 

B. Honda Wave 125i

Sejak diperkenalkan pada tahun 2017, motor dengan tangki minyak paling besar bawah 150CC ni memang diakui antara kapcai paling selesa untuk dibawa jalan jauh atau di bandar. Seat yang besar, Disc brake depan belakang serta talaan PGM-Fi yg jadi punca ramai orang membeli. Walaupun tak laju sangat (124.89 cc 9.1HP @ 7500RPM dan tork maksimum 10.1Nm @ 5500RPM), dia memang ranggi, reka bentuk fresh dan simple hingga masih dikeluarkan sehingga sekarang.

Baca : Tak yah Isi Minyak Banyak Kali Dengan Motosikal Bawah 200CC Ni!

 

2021 Honda Wave 125i launched in Malaysia, RM6,449 - paultan.org

 

C. Honda Dash 125

Daripada versi 110cc, dia dinaikkan menjadi 125cc dan bagi kami, dia antara yang paling menyerlah dari Wave yang lain. Dengan panel meter berwarna-warni dan panel badan yang diwarnakan, orang pandang je terus tahu dia ni Dash 125. Untuk versi ni, Honda bekalkan dengan enjin yang paling power sekali dari adik-beradik dia iaitu 125 cc 9.9HP @ 8000RPM dan tork maksimum 9.54Nm @ 6500RPM. Berdesup dia ni gais boleh fight LC selamba je..

Honda Dash 125 2022 diberi peningkatan - enjin Euro 4 berkuasa 9.85 hp,  panel meter baru, RM6,449 - paultan.org

 

Kesimpulan

Itulah sedikit sebanyak model2 yang menjadi gelombang motosikal yang berjiwa rakyat. Harga pun dari mula keluar sampai ke hari ini memang takkan melebihi RM7000. Prestasi enjin dengan ciri2 menarik pun memang kekal relevan dan praktikal sampai lah ke hari ini. Kalau korang ada guna antara motor2 kat atas, share lah gambar motor korang kat komen!


TENTANG EBIDMOTOR.COM


Kami Ebidmotor.com ada menjual pelbagai jenis motosikal terpakai atau motor baru seperti Yamaha Y15 ,  LC 135 , EGO S ,  Lagenda 110 / 115Z Fi ,  125ZR , Solariz , Avantiz , FZ 150 , Nmax 155 , NVX , Nouvo LC , R15 , R25 , Honda BeAT , Ex5 , Wave , Dash , Future 125, PCX , RS150 Repsol Trico , RS 150 , Vario 150 , RFS 150 , TNT 135 , KTM Duke 200 , Duke 250 , Duke 390 , RC 200 , RC 250 , RC 390 , Modenas Kriss 100 , Kriss 110 , Kriss 120 , MR1 , MR 2 , Dinamik 120 , Pulsar NS 200 , Pulsar RS 200 , SYM E Bonus 110 , Evo 250 , SM Sport , Sport Rider 125 , VF3i VTS 200 dan lain lain.

Share:

© EbidMotor.com. Hak cipta terpelihara

EbidMotor
Hi there,
How can I help you?
00:01
Start Chat
Login Modal Trade-in Modal Trade-in Submitted Successful Modal Place Deposit Modal Place Deposit Modal Loan FAQs Modal Enquiry Modal Loan Calculator Modal Homepage Loan Calculator Modal
Alamak! Something went wrong. Tutup Tidak Lihat Teruskan Beli Sekarang! Lihat Lagi Harga Pemasaran Percuma Laman Utama Alamat emel diperlukan Akaun Anda Tidak Disahkan Alamak! Akaun anda tidak disahkan. Sila sahkan akaun anda untuk meneruskan. Sahkan Akaun Sekarang Sahkan Kemudian Sila klik "Pergi ke Halaman Temujanji" untuk melihat janji temu anda. Pergi ke Halaman Temujanji tukar gambar profil Maklumat Peribadi Temu Janji Saya Dompet saya Permohonan Loan Saya Kegemaran Saya Iklan saya Log keluar Sejarah Pembelian Saya Kod pengesahan tidak sah! Tiada temu janji. Batal Teruskan memadamkan kad ini? Tindakan ini tidak boleh dibuat asal. Padam Batal Belum ada transaksi. Alamak, anda belum memasukkan maklumat akaun bank peribadi anda. Sila pastikan anda memberikan maklumat akaun bank peribadi yang betul supaya kami boleh memproses bayaran balik. Masukkan maklumat akaun bank peribadi Tiada permohonan pinjaman. Ditolakkan Diluluskan Memproses Menunggu Keputusan Draf Tiada iklan. Kemas kini Padam Teruskan memadam iklan ini? Adakah anda pasti mahu menyimpan sebagai draf? Simpan Sebagai Draf Permohonan Loan Saya Teruskan dengan draf Produk telah diturunkan! Kredit Tidak mencukupi Alamak! Kredit dalam aplikasi tidak mencukupi untuk meneruskan pembayaran untuk RM300. Sila tambah nilai di sini untuk meneruskan. Tambah Nilai Berjaya! Tambah nilai Nanti Pembayaran berjaya! Sila klik "Hantar Permohonan Pinjaman Sekarang" untuk meneruskan penyerahan pinjaman. Hantar Permohonan Pinjaman Sekarang Sila klik "Beli dengan Tunai Sekarang" untuk meneruskan perbelian. Beli dengan Tunai Sekarang Sila klik "Tawarkan Harga Sekarang" untuk meneruskan pembidaan. Tawarkan harga sekarang Tiada motosikal! Harga Terkini: Wang Tunai Pinjaman Tambah ke kegemaran Padam dari kegemaran Tiada motosikal! Harga Motosikal: Jual Telah Ditempah Sahkan Sahkan Pembelian Anda Anda hanya perlu membayar yuran pendahuluan RM300 untuk tempahan motor. Baki yang perlu dijelaskan boleh dibayar melalui dalam talian atau hadir ke bilik pameran kami dalam masa 3 hari. Pegawai kami akan menghubungi anda dalam masa 2 jam waktu bekerja (Isnin- Sabtu) untuk proses seterusnya. Motosikal: Yuran pendahuluan Baki Yang Perlu Dijelaskan Batal Harga Motosikal: Harga Motosikal Harga termasuk: Cukai Jalan Insurans Pemeriksaan Pemindahan Hakmilik Alamak! Akaun anda tidak dapat memasuki halaman Pembidaan/Lelong Pembidaan/Lelong hanya dibuka untuk akaun syarikat / peniaga. Pergi ke halaman Motosikal Terpakai Sesi Pembidaan Seterusnya : MASA YANG TINGGAL : jam minit saat Bidaan tutup, halaman akan dimuat semula dalam masa 10 saat. Bidaan tutup, halaman akan dimuat semula dalam masa [10] saat. Bidaan bermula, halaman akan dimuat semula dalam masa 10 saat. Harga Bermula Dari Harga yang telah dijual Extended Tawaran Sekarang * Tawaran Tertinggi Semasa Tawaran Semasa * Anda adalah penawar yang lebih rendah * Anda adalah penawar yang tertinggi Jumlah Max Bid Anda Harge bidaan maksimum mestilah berganda dengan 50! Jumlah Max Bid anda mestilah lebih tinggi daripada harga tawaran terkini Sila sahkan Max Bid Anda Motosikal: Jumlah Max Bid Anda Harga Tawaran Terkini Masa Waktu Tawaran Kami: 12:00 petang hingga 7 malam Confirm Tukar Jumlah Tambah Nilai Berjaya! Sila klik "Letak Bidaan Sekarang" untuk meneruskan pembidaan. Tawarkan harga sekarang Nanti Harge bidaan manual mestilah berganda dengan 50! Sila sahkan Manual Bid Anda Motosikal: Tawaran Anda: Harga Tawaran Terkini: Masa Confirm Tukar Jumlah Permulaan Pembidaan : Tawarkan Harga Saya "Max Bid" adalah satu taktik pembidaan secara automatik yang membolehkan anda tetapkan JUMLAH MAKSIMUM untuk membida motosikal tertentu. Sistem pembidaan kami akan membuat tawaran bagi pihak anda secara automatik. Ia akan sentiasa meletakkan jumlah bidaan yang terendah dan tidak akan melebihi jumlah yang anda tentukan untuk "Max Bid". Turn on screen reader support Pilihan "Manual Bid" membolehkan anda meningkatkan jumlah penawaran dari minimum RM50 hingga maksimum RM1,000. Sebut harga anda harus lebih tinggi daripada harga tawaran semasa. Anda perlu memasukkan jumlah bidaan baru setelah seseorang letak harga tawaran lebih tinggi daripada anda. MaxBid Manual Bid * Sila masukkan Max Bid anda Tawaran manual akan menjadi jumlah yang anda bida lebih tinggi daripada harga penawaran semasa. * Klik untuk meletakkan tawaran manual anda dengan meningkatkan Tawaran Sebelumnya lihat tawaran penawar Padamkan item ini Adakah anda pasti mahu padamkan item ini dari senarai tawaran langsung? Tiada motosikal yang dibeli. Harga Motosikal: Order No. Tarikh Loan No. Jumlah Pinjaman Termasuk Yuran Pemprosesan & Insurans Bayaran Pendahuluan Ansuran Bulanan Tiada motosikal yang digemari. Padam dari kegemaran Wilayah Harga Sila hubungi kami 1700-81-7700 untuk mempercepatkan proses pengesahan. (9.30AM-6.30PM Isnin - Sabtu) Insurans diperlukan Wilayah diperlukan Bandar diperlukan Tidak termasuk Insurans dan pengangkutan/penghantaran Insurans Pengangkutan/Penghantaran Wilayah Bandar Bayaran Insuran Bayaran Penghantaran Pilih Insurans Pilih Wilayah Pilih Bandar Tidak Perlu Insurans pihak pertama Insurans pihak ketiga Ambil sendiri Penghantaran terus ke lokasi anda Jumlah Motosikal Telah Terjual Tiada rekod lagi.