E B I D M O T O R

Loading

#SantaiWeekend: Adakah Honda Gold Wing Motosikal Touring Terbaik Di Dunia?

Apakah definisi motosikal touring yang terbaik menurut korang? Kena selesa? Kena berkuasa? Boleh bawa pillion sampai terlelap? Semua ciri ini ada je pada motor touring yang lain seperti Kawasaki Versys 1000, Yamaha Tracer, atau BMW R 1250 GS. Namun, kalau 'kemewahan bersama prestasi' yang menjadi istilah utama, tiada yang mampu menentang kuda besi yang bernama Gold Wing ini!

Diperkenalkan di pertunjukkan motosikal Cologne pada September 1974, Gold Wing atau GL1000 (ketika itu) mencuri tumpuan ramai sebagai motosikal Honda yang pertama dengan sistem Liquid Cooled. Enjin Flat-4 milik GL1000 ini menyampaikan kuasa ke tayar belakang menggunakan drive shaft serta dipadankan dengan banyak ciri-ciri touring yang hebat!

 

SEJARAH

Asalnya, Gold Wing ini adalah cetusan idea dari engineer Honda iaitu Soichiro Irimajiri yang berjaya mereka motor diluar kebiasaan Honda; kalau tak Parallel Twin, mesti Inline-Four! Jadi, apa yang dia buat? Dalam satu prototaip eksperimen Gold Wing yang dinamakan Project M1, dia mereka enjin Inline-6 yang dipasang secara longitud yang mana lebih efisyen untuk gearbox bersambung dengan drive shaft. Ironi nya, layout sebegini lebih banyak persamaannya dengan Harley-Davidson atau MotoGuzzi berbanding dengan motor-motor dari Honda tu sendiri!

1972 MotoGuzzi Eldorado 850

Alhasilnya, terjadilah enjin 1,470cc, Inline-6, Drive Shaft, Liquid Cooled-5 Speed yang mana; dua kali lagi besar dari model terbaik mereka CB750, dan semuanya agak pertama kali daripada apa yang pernah ditawarkan pada motor-motor Honda! Prototaip M1 ni dikatakan terlebih laju dari apa yang Honda jangkakan (80hp, tork tinggi, top speed 220km/h siapa je tak melopong?)

Projek M1

Masalah dia, disebabkan enjin ni agak besar, penunggang kena duduk dalam kedudukan yang agak tak selesa. Jadi, engineer Honda terpaksalah scale down enjin 1,470cc tadi kepada layout Inline-4, 999cc tapi masih mengekalkan setup enjin longitud..

Honda Gold Wing GL1000

 

APA YANG MENJADIKAN GOLD WING MODEL TOURING PALING TERBAIK DIDUNIA?

1. ENJIN

Kalau dulu Honda tak berani menyumbatkan enjin besar-besar kat Gold Wing ni kan? Akhirnya, pada model Generasi ke-4 pada tahun 1987, Gold Wing menerima enjin Flat-6 silinder SOHC yang digunapakai oleh kesemua model Gold Wing hingga ke hari ini; dari 1500cc sehinggalah ke update yang terkini, 1800cc!

Honda Goldwing GL1500

Honda dah tala enjin Gold Wing ini untuk mempunyai sebaran tork yang luas dari RPM yang  sangat rendah; dan enjin yang cukup responsif pada kuasa mid-range. Jadi, untuk model yang terkini, kalau owner pilih varian transmisi manual, dorang tak perlu sentiasa menukar gear bila tengah perlahan.

Enjin terkini yang dijana oleh enjin 1,833cc, Flat-6, SOHC Liquid Cooled, 24 Valve ni membolehkan Gold Wing menghamburkan kuasa sebanyak 125hp @ 5,500rpm dan 170Nm tork @ 4,500rpm! Final drive dia adalah sama ada melalui gearbox manual 6-speed atau 7-speed DCT yang disalurkan ke tayar belakang melalui drive shaft.

These Honda Gold Wing Model Years Proved to Be Problematic

Jadi apa yang menarik sangat pada enjin Gold Wing ni? Di mampu memecut dari 0-100km/h dalam 3.4 saat je tau! Kereta sport pun tak boleh nak saing ni bang!

 

2. SUSPENSION

Apa lagi yang menariknya tentang Gold Wing ni adalah dia antara spesies motosikal yang menggunakan sistem suspensi Double Wishbone yang menggantikan fork konvensional macam USD atau Teleskopik. Apa yang teknologi ni buat? Kalau fork biasa, bila tayar terjun ke jalan berbonggol atau motor dibrek dengan tenaga yang kuat, tayar yang menerima impak dan dibawa masuk kedalam (ke arah bahagian enjin).

Tapi dengan teknologi Wishbone, tayar menyerap impak dengan bergerak secara keatas dan kebawah je tanpa menjejaskan handling.

Sistem yang ada sama ada pada kereta mewah dimasukkan kedalam Gold Wing ni menjadikan tunggangan motor ini 5 kali lebih selesa dan kawalan pun jadi lebih kukuh berbanding model-model Gold Wing yang lama!

 

3. EQUIPMENT

Gold Wing ni dalam banyak-banyak motor touring, dialah antara yang paling canggih dari segi kelengkapan elektronik! Seperti biasa, dia didatangkan dengan paparan skrin TFT tujuh inci yang terletak di antara speedometer dan tachometer analog. Kokpit Gold Wing ini pun dihiasi dengan pelbagai macam butang dan suis yang mungkin agak menggelupur untuk dicuba geng pemula!

Ciri teknologi yang lain termasuklah Traction Control (HSTC), Throttle-By-Wire, Keyless entry, 4 mod tunggangan (Tour, Sport, Rain & Eco), tire pressure monitoring system (TPMS), dan Hill Start Assist.

Yang paling best, Gold Wing pun turut mempunyai gear reverse dan satu-satunya motor yang ada Airbag tau! Gear reverse ni sama juga mula diperkenalkan ketika Honda melancarkan Gold Wing Generasi ke-4 (1987) yang sebenarnya merupakan penggunaan electric starter motor yang disambungkan dengan gearbox.  Disebabkan peningkatan saiz dan berat, Honda merasakan akan ada yang menghadapi masalah untuk menunggang motor ni.

Air bag pula mula muncul pada model Generasi ke-5 (2006) apabila wujud kesedaran mengenai kesan pelanggaran dari depan yang mampu membunuh penunggang motosikal! Air bag ni hanya ada pada varian Tour Airbag DCT sahaja.

 

4. PRAKTIKALITI

Dah nama pun motor touring, mestilah kena ada praktikaliti yang tinggi. Selepas hampir 48 tahun selepas pengeluaran, Gold Wing pada hemat min makin bertambah baik dari segi keselesaan, prestasi, pengendalian, brek, kecekapan bahan api, reka bentuk, dan paling penting kapasiti simpanan yang sangat besar; bila dicampur kesemua luggage simpanan menjadi 121L ya! 

Windscreen yang didatangkan pun boleh dilaraskan dan menawarkan perlindungan yang solid apabila ditibai melawan angin yang kuat. Seat belakang pun siap ada backrest yang dah dipasang dari kilang untuk riding yang lebih selesa bagi si pillion!

Honda Gold Wing GL1100

Semestinya, lagi ditambah macam-macam benda, lebih berat jadinya motor ni berbanding lima generasi pertama dulu dan harga dia pun berlipat ganda lebih mahal mengalahkan rumah pembiaan kerajaan!

 

KESIMPULANNYA..

Di Amerika Utara khususnya, motosikal touring dari Jepun seperti Honda CB750 atau Kawasaki Z1 memang lunyai tak boleh bersaing dengan jenama-jenama besar MotoGuzzi Eldorado atau Harley-Davidson Electra Glide. Ini kerana, jenama Jepun tadi bukanlah model touring yang ideal disebabkan mempunyai tangki minyak yang berkapasiti rendah dan penggunaan drive shaft nya yang memerlukan penyelenggaraan berkala.

Jadi, datanglah Gold Wing dengan menawarkan beberapa naik taraf yang tak ditekankan pesaing yang lain seperti keselesaan, ketahanan, kos penyelenggaraan yang rendah, dan enjin yang berprestasi tinggi! 

Kalau korang perasan, banyak motor yang dah tak menggunakan enjin yang sama dan sentiasa berubah mengikut zaman. Tapi tidak bagi Gold Wing yang sampai kini menggunakan enjin asalnya dicipta pada tahun 1972; yang prototaip kot! Shoichiro Irimajiri bagi min adalah engineer yang cemerlang dan dapat meramal betapa berjayanya enjin Flat-6 SOHC ni! Terima kasih kerana sudi membaca!


Takkan tengok je? Meh klik sini untuk info lebih menarik!

Kami Ebidmotor.com ada menjual pelbagai jenis motosikal terpakai atau motor baru seperti Yamaha Y15 ,  LC 135 , EGO S ,  Lagenda 110 / 115Z Fi ,  125ZR , Solariz , Avantiz , FZ 150 , Nmax 155 , NVX , Nouvo LC , R15 , R25 , Honda BeAT , Ex5 , Wave , Dash , Future 125, PCX , RS150 Repsol Trico , RS 150 , Vario 150 , RFS 150 , TNT 135 , KTM Duke 200 , Duke 250 , Duke 390 , RC 200 , RC 250 , RC 390 , Modenas Kriss 100 , Kriss 110 , Kriss 120 , MR1 , MR 2 , Dinamik 120 , Pulsar NS 200 , Pulsar RS 200 , SYM E Bonus 110 , Evo 250 , SM Sport , Sport Rider 125 , VF3i VTS 200 dan lain lain.

Share:

© EbidMotor.com. Hak cipta terpelihara

EbidMotor
Hi there,
How can I help you?
00:01
Start Chat
Login Modal Trade-in Modal Trade-in Submitted Successful Modal Place Deposit Modal Place Deposit Modal Loan FAQs Modal Enquiry Modal Loan Calculator Modal Homepage Loan Calculator Modal
Alamak! Something went wrong. Tutup Tidak Lihat Teruskan Beli Sekarang! Lihat Lagi Harga Pemasaran Percuma Laman Utama Alamat emel diperlukan Akaun Anda Tidak Disahkan Alamak! Akaun anda tidak disahkan. Sila sahkan akaun anda untuk meneruskan. Sahkan Akaun Sekarang Sahkan Kemudian Sila klik "Pergi ke Halaman Temujanji" untuk melihat janji temu anda. Pergi ke Halaman Temujanji tukar gambar profil Maklumat Peribadi Temu Janji Saya Dompet saya Permohonan Loan Saya Kegemaran Saya Iklan saya Log keluar Sejarah Pembelian Saya Kod pengesahan tidak sah! Tiada temu janji. Batal Teruskan memadamkan kad ini? Tindakan ini tidak boleh dibuat asal. Padam Batal Belum ada transaksi. Alamak, anda belum memasukkan maklumat akaun bank peribadi anda. Sila pastikan anda memberikan maklumat akaun bank peribadi yang betul supaya kami boleh memproses bayaran balik. Masukkan maklumat akaun bank peribadi Tiada permohonan pinjaman. Ditolakkan Diluluskan Memproses Menunggu Keputusan Draf Tiada iklan. Kemas kini Padam Teruskan memadam iklan ini? Adakah anda pasti mahu menyimpan sebagai draf? Simpan Sebagai Draf Permohonan Loan Saya Teruskan dengan draf Produk telah diturunkan! Kredit Tidak mencukupi Alamak! Kredit dalam aplikasi tidak mencukupi untuk meneruskan pembayaran untuk RM300. Sila tambah nilai di sini untuk meneruskan. Tambah Nilai Berjaya! Tambah nilai Nanti Pembayaran berjaya! Sila klik "Hantar Permohonan Pinjaman Sekarang" untuk meneruskan penyerahan pinjaman. Hantar Permohonan Pinjaman Sekarang Sila klik "Beli dengan Tunai Sekarang" untuk meneruskan perbelian. Beli dengan Tunai Sekarang Sila klik "Tawarkan Harga Sekarang" untuk meneruskan pembidaan. Tawarkan harga sekarang Tiada motosikal! Harga Terkini: Wang Tunai Pinjaman Tambah ke kegemaran Padam dari kegemaran Tiada motosikal! Harga Motosikal: Jual Telah Ditempah Sahkan Sahkan Pembelian Anda Anda hanya perlu membayar yuran pendahuluan RM300 untuk tempahan motor. Baki yang perlu dijelaskan boleh dibayar melalui dalam talian atau hadir ke bilik pameran kami dalam masa 3 hari. Pegawai kami akan menghubungi anda dalam masa 2 jam waktu bekerja (Isnin- Sabtu) untuk proses seterusnya. Motosikal: Yuran pendahuluan Baki Yang Perlu Dijelaskan Batal Harga Motosikal: Harga Motosikal Harga termasuk: Cukai Jalan Insurans Pemeriksaan Pemindahan Hakmilik Alamak! Akaun anda tidak dapat memasuki halaman Pembidaan/Lelong Pembidaan/Lelong hanya dibuka untuk akaun syarikat / peniaga. Pergi ke halaman Motosikal Terpakai Sesi Pembidaan Seterusnya : MASA YANG TINGGAL : jam minit saat Bidaan tutup, halaman akan dimuat semula dalam masa 10 saat. Bidaan tutup, halaman akan dimuat semula dalam masa [10] saat. Bidaan bermula, halaman akan dimuat semula dalam masa 10 saat. Harga Bermula Dari Harga yang telah dijual Extended Tawaran Sekarang * Tawaran Tertinggi Semasa Tawaran Semasa * Anda adalah penawar yang lebih rendah * Anda adalah penawar yang tertinggi Jumlah Max Bid Anda Harge bidaan maksimum mestilah berganda dengan 50! Jumlah Max Bid anda mestilah lebih tinggi daripada harga tawaran terkini Sila sahkan Max Bid Anda Motosikal: Jumlah Max Bid Anda Harga Tawaran Terkini Masa Waktu Tawaran Kami: 12:00 petang hingga 7 malam Confirm Tukar Jumlah Tambah Nilai Berjaya! Sila klik "Letak Bidaan Sekarang" untuk meneruskan pembidaan. Tawarkan harga sekarang Nanti Harge bidaan manual mestilah berganda dengan 50! Sila sahkan Manual Bid Anda Motosikal: Tawaran Anda: Harga Tawaran Terkini: Masa Confirm Tukar Jumlah Permulaan Pembidaan : Tawarkan Harga Saya "Max Bid" adalah satu taktik pembidaan secara automatik yang membolehkan anda tetapkan JUMLAH MAKSIMUM untuk membida motosikal tertentu. Sistem pembidaan kami akan membuat tawaran bagi pihak anda secara automatik. Ia akan sentiasa meletakkan jumlah bidaan yang terendah dan tidak akan melebihi jumlah yang anda tentukan untuk "Max Bid". Turn on screen reader support Pilihan "Manual Bid" membolehkan anda meningkatkan jumlah penawaran dari minimum RM50 hingga maksimum RM1,000. Sebut harga anda harus lebih tinggi daripada harga tawaran semasa. Anda perlu memasukkan jumlah bidaan baru setelah seseorang letak harga tawaran lebih tinggi daripada anda. MaxBid Manual Bid * Sila masukkan Max Bid anda Tawaran manual akan menjadi jumlah yang anda bida lebih tinggi daripada harga penawaran semasa. * Klik untuk meletakkan tawaran manual anda dengan meningkatkan Tawaran Sebelumnya lihat tawaran penawar Padamkan item ini Adakah anda pasti mahu padamkan item ini dari senarai tawaran langsung? Tiada motosikal yang dibeli. Harga Motosikal: Order No. Tarikh Loan No. Jumlah Pinjaman Termasuk Yuran Pemprosesan & Insurans Bayaran Pendahuluan Ansuran Bulanan Tiada motosikal yang digemari. Padam dari kegemaran Wilayah Harga Sila hubungi kami 1700-81-7700 untuk mempercepatkan proses pengesahan. (9.30AM-6.30PM Isnin - Sabtu) Insurans diperlukan Wilayah diperlukan Bandar diperlukan Tidak termasuk Insurans dan pengangkutan/penghantaran Insurans Pengangkutan/Penghantaran Wilayah Bandar Bayaran Insuran Bayaran Penghantaran Pilih Insurans Pilih Wilayah Pilih Bandar Tidak Perlu Insurans pihak pertama Insurans pihak ketiga Ambil sendiri Penghantaran terus ke lokasi anda Jumlah Motosikal Telah Terjual Tiada rekod lagi.