E B I D M O T O R

Loading

REVIEW: Voge FR150, Supermoped 150cc Paling Berani Untuk 2024!

Segmen kapcai di Malaysia makin meriah dengan kedatangan Voge FR150 yang dibawa masuk untuk bersaing dengan otai-otai seperti Y15ZR, Y16ZR, RSX waima Raider R150 Fi! Memang meriah.. Meriah dengan kecaman dan juga pujian..!

Jadi, kalau korang keliru nak beli ke atau skip motor ni, pastikan korang baca artikel ni saaaampai habis! Hadamkan dengan hati yang terbuka okay!

 

REKAAN

Secara keseluruhannya, Voge telah melakukan kerja yang baik dalam mereka FR150. Dia tak nampak terlalu membosankan seperti Honda RS150, Aveta SVR180 atau Benelli RFS150. 

Tapi itulah, memang nampak sungguh percubaan Voge untuk tampil unik dengan mengacukkan rekaan-rekaan dari model yang terkenal seperti lampu belakang dan hadapan dari Y16, grab bar yang "sengaja"  menyerupai RSX dan lampu dada yang berkonsepkan ala-ala Ducati.

Mungkin falsafahnya adalah "kalau rekaan berlandaskan elemen atau benda yang orang pernah nampak, mungkin motosikal ini boleh dijual". 

 
ENJIN

Tak terkejut pun jika FR150 ini menggunakan resipi enjin dari motor yang sudah kukuh pengaruhnya semata-mata untuk menaruh kepercayaan kepada bakal pembeli.

Jadi, Voge menggunakan enjin yang hampir mirip dengan model Honda RSX150. Di atas kertas, FR150 dikuasakan oleh enjin 149CC, Single Cylinder, DOHC, Liquid Cooled, FI yang menjana 15.6hp @ 8,500rpm dan tork 13.5Nm @ 7,500rpm. Honda RSX pula lebih berkuasa dengan 16hp @ 9,000rpm dan tork 13.6Nm @ 7,000rpm.

Meskipun jumlah output rendah sedikit dari RSX, saiz blok FR150 sama sebijik seperti RSX (57.3mm x 58mm). Jika isu enjin yang dipertikaikan, komponen dari RSX mungkin boleh dikacukkan pada FR150! 

 

APA JAJAN YANG ADA?

Selalunya jika sesebuah produk itu datangnya dari China atau Taiwan, dia mesti akan dipadatkan sepenuh-penuhnya dengan equipment atau "jajan" untuk menarik minat pembeli. 

Sama juga ceritanya pada Voge FR150, dia didatangkan dengan pelbagai jajan yang pengeluar Jepun pun tak mampu nak bagi seperti Keyless Entry, panel meter digital berwarna penuh, nyalaan LED serta port pengecasan USB! Tak perlu modifikasi bypass sana-sini untuk kegunaan paling asas ni!

 

KELEBIHAN

a. RIDING ASSIST
Yang bagus pada FR150 ini adalah, dia ada Slipper clutch yang amat memudahkan penggunannya untuk mengoperasikan clutch tangan dan ketika penukaran gear. Ya, memang Y16ZR dah ada, tapi berapa pulak harga dia?

 

Tambahan pula, FR150 turut diberikan ABS dual channel yang TAK ADA pada mana-mana kapcai didalam kelas yang sama; waima pada SYM VF3i sekali pun! Sistem ABS VF3i hanyalah single channel dengan 2 sensor sahaja ya.. tak percaya? Pergi la tengok laman web dorang!

b. TANGKI MINYAK BESAR
Voge FR150 diberikan tangki bahan api sebesar 5.8L berbanding RS-X (4.5L), Y15ZR (4.2L), Y16ZR (5.4L) dan Raider R150 (4L). Nak jalan jauh memang tak perlu gabra lah kalau terlepas stesen minyak!

 

c. KEPADUAN ENJIN
Berbekalkan konfigurasi Twin Cam 6-kelajuan, motosikal ini memang sedap ditunggang ketika cruising dalam kelajuan yang tinggi. Bunyi mengerang memang serupa seperti enjin RSX tapi taklah pula membingitkan telinga. 

Top speed belum kami cuba (sebab Ricky berat), namun jika FR150 menggunakan enjin yang sama seperti RSX, angka 140kmh sepatutnya boleh dijangkakan.

d. KESELESAAN 
Jujur cakap, seat yang diberikan Voge untuk FR150 cukup-cukup selesa, lembut, tak terlalu spongy dan menyokong pangkal peha. Kami turut cuba dan membandingkan dengan model RSX dan Y15ZR. Ternyata Y15ZR paling menyakitkan hati.

Untuk Riding position, FR150 memberikan "feeling" yang sama seperti Y15ZR dimana tak terlalu membongkok dan tidak pula terlalu dekat dengan handlebar.

e. BUILD QUALITY
Foot peg depan dan belakang serta brek kaki dilihat premium dan up to date berbanding model yang satu tu..Brek cakera juga cukup lebar untuk daya hentian yang lebih efisyen. Manakala, sistem suspensi amat sedap (Mungkin sebab motor baru).

 
KELEMAHAN

a. PELIK
Mungkin ada yang tak kisah, namun placement untuk cermin sisi agak pelik dan sedikit menyakitkan mata. Cermin sisi dibahagian kanan diletakkan pada sudut yang pelik dan tak seimbang dengan yang kiri untuk mengelakkan master brake pump. Ala kadar? Mungkin..

 

b. TAK PRAKTIKAL SANGAT
Tiada langsung ruang simpanan yang masuk akal untuk bawah tempat duduk FR150. Bakul pula direka dengan rekaan yang sangat janggal seolah-olah tak perlu ada bakul pun lebih baik!

Mana tidaknya, nak letak beras pun tak lepas, beli makanan di pasar malam pun mungkin sipi-sipi nak terkeluar! Cadangan kami, tukar sahaja ke bakul 3rd party yang lain..

c. TERLALU "FANCY"

Ini hanyalah sekadar pandangan peribadi min namun panel meter FR150 dilihat terlalu fancy dan "berlebihan" untuk sebuah superkapcai yang serius hendak menentang superkapcai yang lain. Memang terserlah aura "aftermarket China" melalui warna yang terang dan susunan instrumen nya itu. Mungkin, Voge boleh belajar buat meter dari KTM atau CFMOTO kot..

 

ADA KE SPARE PART

Inilah soalan (dan point kecaman) dari pelbagai pihak yang khuatir akan isu penawaran alat ganti dari jenama yang cukup hijau ini.

Jujur cakap, dia tak akan sebanyak Yamaha dan Honda namun, RAPIDO dipilih bagi meyakinkan korang bahawa motor ini bukanlah sebuah motor yang dipakai kemudian dibuang.. Mungkin juga ada jenama aftermarket lain yang boleh dipasang pada motor ini? Wallahualam..

 

KESIMPULAN

FR150 sebenarnya adalah "wake up call" untuk pengeluar Jepun yang lain yang dilihat terlalu selesa menawarkan benda yang dah lapuk. Dengan harga RM8,888 sahaja, macam-macam benda yang FR150 tawarkan tapi memerlukan hampir 10 tahun bagi pengeluar Jepun untuk perkenalkan (ABS, Slipper clutch, keyless)

Mungkin betul dan mungkin juga tidak, namun boleh jadi FR150 adalah permulaan kepada gelombang kapcai China yang bakal menderu masuk ke pasaran Malaysia. Nampak dari gaya, mungkin lebih bagus dan tak mustahil lebih ikhlas berbanding "Big 4" yang ada!

Klik foto untuk pertanyaan lebih lanjut!


Kami Ebidmotor.com ada menjual pelbagai jenis motosikal terpakai atau motor baru seperti Yamaha Y15 ,  LC 135 , EGO S ,  Lagenda 110 / 115Z Fi ,  125ZR , Solariz , Avantiz , FZ 150 , Nmax 155 , NVX , Nouvo LC , R15 , R25 , Honda BeAT , Ex5 , Wave , Dash , Future 125, PCX , RS150 Repsol Trico , RS 150 , Vario 150 , RFS 150 , TNT 135 , KTM Duke 200 , Duke 250 , Duke 390 , RC 200 , RC 250 , RC 390 , Modenas Kriss 100 , Kriss 110 , Kriss 120 , MR1 , MR 2 , Dinamik 120 , Pulsar NS 200 , Pulsar RS 200 , SYM E Bonus 110 , Evo 250 , SM Sport , Sport Rider 125 , VF3i VTS 200 dan lain lain.

Share:

© EbidMotor.com. Hak cipta terpelihara

EbidMotor
Hi there,
How can I help you?
00:01
Start Chat
Login Modal Trade-in Modal Trade-in Submitted Successful Modal Place Deposit Modal Place Deposit Modal Loan FAQs Modal Enquiry Modal Loan Calculator Modal Homepage Loan Calculator Modal
Alamak! Something went wrong. Tutup Tidak Lihat Teruskan Beli Sekarang! Lihat Lagi Harga Pemasaran Percuma Laman Utama Alamat emel diperlukan Akaun Anda Tidak Disahkan Alamak! Akaun anda tidak disahkan. Sila sahkan akaun anda untuk meneruskan. Sahkan Akaun Sekarang Sahkan Kemudian Sila klik "Pergi ke Halaman Temujanji" untuk melihat janji temu anda. Pergi ke Halaman Temujanji tukar gambar profil Maklumat Peribadi Temu Janji Saya Dompet saya Permohonan Loan Saya Kegemaran Saya Iklan saya Log keluar Sejarah Pembelian Saya Kod pengesahan tidak sah! Tiada temu janji. Batal Teruskan memadamkan kad ini? Tindakan ini tidak boleh dibuat asal. Padam Batal Belum ada transaksi. Alamak, anda belum memasukkan maklumat akaun bank peribadi anda. Sila pastikan anda memberikan maklumat akaun bank peribadi yang betul supaya kami boleh memproses bayaran balik. Masukkan maklumat akaun bank peribadi Tiada permohonan pinjaman. Ditolakkan Diluluskan Memproses Menunggu Keputusan Draf Tiada iklan. Kemas kini Padam Teruskan memadam iklan ini? Adakah anda pasti mahu menyimpan sebagai draf? Simpan Sebagai Draf Permohonan Loan Saya Teruskan dengan draf Produk telah diturunkan! Kredit Tidak mencukupi Alamak! Kredit dalam aplikasi tidak mencukupi untuk meneruskan pembayaran untuk RM300. Sila tambah nilai di sini untuk meneruskan. Tambah Nilai Berjaya! Tambah nilai Nanti Pembayaran berjaya! Sila klik "Hantar Permohonan Pinjaman Sekarang" untuk meneruskan penyerahan pinjaman. Hantar Permohonan Pinjaman Sekarang Sila klik "Beli dengan Tunai Sekarang" untuk meneruskan perbelian. Beli dengan Tunai Sekarang Sila klik "Tawarkan Harga Sekarang" untuk meneruskan pembidaan. Tawarkan harga sekarang Tiada motosikal! Harga Terkini: Wang Tunai Pinjaman Tambah ke kegemaran Padam dari kegemaran Tiada motosikal! Harga Motosikal: Jual Telah Ditempah Sahkan Sahkan Pembelian Anda Anda hanya perlu membayar yuran pendahuluan RM300 untuk tempahan motor. Baki yang perlu dijelaskan boleh dibayar melalui dalam talian atau hadir ke bilik pameran kami dalam masa 3 hari. Pegawai kami akan menghubungi anda dalam masa 2 jam waktu bekerja (Isnin- Sabtu) untuk proses seterusnya. Motosikal: Yuran pendahuluan Baki Yang Perlu Dijelaskan Batal Harga Motosikal: Harga Motosikal Harga termasuk: Cukai Jalan Insurans Pemeriksaan Pemindahan Hakmilik Alamak! Akaun anda tidak dapat memasuki halaman Pembidaan/Lelong Pembidaan/Lelong hanya dibuka untuk akaun syarikat / peniaga. Pergi ke halaman Motosikal Terpakai Sesi Pembidaan Seterusnya : MASA YANG TINGGAL : jam minit saat Bidaan tutup, halaman akan dimuat semula dalam masa 10 saat. Bidaan tutup, halaman akan dimuat semula dalam masa [10] saat. Bidaan bermula, halaman akan dimuat semula dalam masa 10 saat. Harga Bermula Dari Harga yang telah dijual Extended Tawaran Sekarang * Tawaran Tertinggi Semasa Tawaran Semasa * Anda adalah penawar yang lebih rendah * Anda adalah penawar yang tertinggi Jumlah Max Bid Anda Harge bidaan maksimum mestilah berganda dengan 50! Jumlah Max Bid anda mestilah lebih tinggi daripada harga tawaran terkini Sila sahkan Max Bid Anda Motosikal: Jumlah Max Bid Anda Harga Tawaran Terkini Masa Waktu Tawaran Kami: 12:00 petang hingga 7 malam Confirm Tukar Jumlah Tambah Nilai Berjaya! Sila klik "Letak Bidaan Sekarang" untuk meneruskan pembidaan. Tawarkan harga sekarang Nanti Harge bidaan manual mestilah berganda dengan 50! Sila sahkan Manual Bid Anda Motosikal: Tawaran Anda: Harga Tawaran Terkini: Masa Confirm Tukar Jumlah Permulaan Pembidaan : Tawarkan Harga Saya "Max Bid" adalah satu taktik pembidaan secara automatik yang membolehkan anda tetapkan JUMLAH MAKSIMUM untuk membida motosikal tertentu. Sistem pembidaan kami akan membuat tawaran bagi pihak anda secara automatik. Ia akan sentiasa meletakkan jumlah bidaan yang terendah dan tidak akan melebihi jumlah yang anda tentukan untuk "Max Bid". Turn on screen reader support Pilihan "Manual Bid" membolehkan anda meningkatkan jumlah penawaran dari minimum RM50 hingga maksimum RM1,000. Sebut harga anda harus lebih tinggi daripada harga tawaran semasa. Anda perlu memasukkan jumlah bidaan baru setelah seseorang letak harga tawaran lebih tinggi daripada anda. MaxBid Manual Bid * Sila masukkan Max Bid anda Tawaran manual akan menjadi jumlah yang anda bida lebih tinggi daripada harga penawaran semasa. * Klik untuk meletakkan tawaran manual anda dengan meningkatkan Tawaran Sebelumnya lihat tawaran penawar Padamkan item ini Adakah anda pasti mahu padamkan item ini dari senarai tawaran langsung? Tiada motosikal yang dibeli. Harga Motosikal: Order No. Tarikh Loan No. Jumlah Pinjaman Termasuk Yuran Pemprosesan & Insurans Bayaran Pendahuluan Ansuran Bulanan Tiada motosikal yang digemari. Padam dari kegemaran Wilayah Harga Sila hubungi kami 1700-81-7700 untuk mempercepatkan proses pengesahan. (9.30AM-6.30PM Isnin - Sabtu) Insurans diperlukan Wilayah diperlukan Bandar diperlukan Tidak termasuk Insurans dan pengangkutan/penghantaran Insurans Pengangkutan/Penghantaran Wilayah Bandar Bayaran Insuran Bayaran Penghantaran Pilih Insurans Pilih Wilayah Pilih Bandar Tidak Perlu Insurans pihak pertama Insurans pihak ketiga Ambil sendiri Penghantaran terus ke lokasi anda Jumlah Motosikal Telah Terjual Tiada rekod lagi.