E B I D M O T O R

Loading

Perkara WAJIB Tahu Sebelum Tukar ECU Aftermarket!

Biasanya mat motor yang nak mengubahsuai motor adalah sebab nak mencapai kelajuan yang maksimum. Tukar sistem cucuh (CDI - capacitor discharge ignition) untuk motosikal jenis karburetor, atau unit kawalan elektronik (ECU - electronic control unit) untuk motosikal jenis suntikan bahan api (Fi) adalah selalu dijadikan pilihan mat motor.

Unit CDI ata ECU aftermarket membolehkan had rev enjin (rpm) dinaikkan. Semakin tinggi enjin meligat atau rev, semakin tinggi kuasa yang mampu dijana. Jadi, keputusan menukar unit CDI atau ECU aftermarket diyakini dapat membantu meningkatkan lagi potensi enjin dengan mengatasi had rev enjin atau cut-off ditetapkan pengeluar.
Tetapi sebelum menyentuh topik ini lebih lanjut, kita perlu faham kenapa motosikal mesti ada cut-off atau had rev enjin?

1. KENAPA ENJIN ADA CUT-OFF?

Ebidmotor Enjin Ada CUTOFF
Ada pelbagai komponen mekanikal yang bergerak dalam enjin seperti piston, rod, bering dan sebagainya. Sekiranya semua komponen tersebut dipaksa bekerja di luar kemampuan daya tahan, maka kerosakan enjin akan berlaku yang bukan saja membocorkan poket, tetapi boleh mengakibatkan kecelakaan jika kerosakan berlaku ketika sedang menunggang di jalanan.

Fungsi cut-off enjin mengikut tetapan pengeluar adalah bertujuan menjaga reliabiliti enjin supaya dapat bertahan lama sepanjang hayat. Caranya, menghentikan seketika proses pembakaran enjin apabila mencapai had rev tertentu.

Bagaimana pula had rev ditentukan? Bukan main agak-agak saja, tetapi ada pengiraan purata julat kelajuan piston seperti yang akan dijelaskan di bawah ini.

2. KIRA PURATA KELAJUAN PISTON

Ebidmotor piston

Enjin pembakaran menghasilkan kuasa daripada kelajuan gerakan piston (atas-bawah dan sebaliknya) dan kemudian memutarkan aci engkol sebelum kuasa yang terhasil dihantar kepada roda pacuan melalui sistem transmisi.

Kelajuan gerakan piston diukur dalam unit meter persaat (ms). Bagi motosikal, julat selamat bagi kelajuan piston adalah sekitar 20-25ms, bergantung keperluan motosikal, daripada kegunaan praktikal hingga prestasi tinggi atas trek. Semakin tinggi kelajuan piston, maka semakin rendah daya ketahanan atau reliabiliti piston dan komponen enjin lain yang berkaitan.

Purata kelajuan piston sesebuah enjin  boleh ditentukan dengan menggunakan formula berikut:

Purata kelajuan piston (ms) = [2 x lejang (unit Meter) x RPM] / 60

* Penjelasan:

  • 2 = Nilai malar. Didapati daripada gerakan piston naik-turun
  • Lejang = Panjang piston. Kebiasaan spesifikasi menggunakan unit milimeter (mm), jadi harus ditukar kepada unit meter (bahagi 1,000 dari milimeter ke meter).
  • RPM = Takat rev yang ingin diperhatikan, seperti angka rev ketika cut-off dikenakan.
  • 60 = Nilai malar. Didapati daripada penukaran unit minit pada RPM kepada saat (s).

Bagaimanapun, bagi memudahkan lagi tujuan, anda boleh gunakan kalkulator khas online seperti DI SINI.

3. CARA KIRA TAKAT CUT-OFF / HAD REV ENJIN

Ebidmotor HAD REV Enjin
Walaupun lebih elok ikut saja nasihat pomen atau tetapan default ECU aftermarket, pengetahuan mengenai cara menetapkan had rev dapat membantu anda memahami kenapa had rev ada takat rev tertentu. Jadi, tidaklah memandai-mandai menaikkan had rev sesuka hati.

Caranya, guna kalkulator online pada pautan disediakan tadi (atau klik SINI) dan ikut langkah di bawah:

  • Dapatkan dulu purata kelajuan piston bagi mana-mana enjin motosikal yang anda mahu.
  • Masukkan nilai ukuran lejang dan nilai RPM cut-off enjin asal.
  • Ukuran lejang boleh dilihat pada spesifikasi disediakan pengeluar.
  • RPM cut-off pula berdasarkan pengalaman sendiri menguji motosikal tersebut.
  • Boleh juga rujuk graf ujian dyno dalam Internet.

CONTOH:
Ukuran lejang Yamaha FZ150i = 58.7mm
RPM cut-off = 10,000 rpm (rujuk graf dyno di bawah)
Purata kelajuan piston = 19.57ms

Ebidmotor Graf dyno FZ150i
Graf dyno FZ150i

Ebidmotor Piston KAL
Kelajuan enjin lebih mudah dikira dengan kalklulator online

Dengan mengambil kira julat purata kelajuan piston motosikal yang bermula sekitar 20ms, ini bermakna cut-off enjin FZ150i ditetapkan untuk mencapai tahap reliabiliti berpanjangan. Ini bermakna potensi kuasa streetbike itu boleh dipertingkat lagi apabila had rev dibuka lebih tinggi.

Jika mahu mengetahui seberapa tinggi enjin boleh dikerah, kita boleh teruskan pengiraan dengan menukar nilai RPM secara berperingkat dengan perbezaan 1,000rpm setiap satu hingga mencapai nilai maksimum julat kelajuan piston motosikal, iaitu sekitar 25ms.

Ebidmotor Piston KAL 1


 

Ebidmotor Piston KAL 2


 

Ebidmotor Piston KAL 3


Melihat contoh di atas, enjin FZ150i mampu mencapai purata kelajuan piston sekitar 25 ms pada 13,000rpm. Jadi mana-mana rev di bawah nilai itu, seperti 11,000rpm atau 12,000rpm adalah pilihan had rev selamat untuk tetapan ECU.

Tetapi, jangan pula kalau sudah tengok kawan lain dapat mengeset had tersebut yang hasilnya memberangsangkan, kita pun terburu-buru mahu ikut juga. Seperti dijelaskan awal tadi, seeloknya dapatkan nasihat mereka yang lebih pakar. Ini kerana setiap peningkatan rev akan menjejaskan reliabiliti enjin, lebih-lebih lagi apabila sudah diusik komponen-komponen prestasi tinggi lain.

4. APAKAH PULA CDI / ECU 'LOBOS'?

Ada sesetengah CDI atau ECU aftermarket memang buatan asal kilang atau OEM, tetapi sudah diubah suai. Bagaimanapun keputusan membuang tetapan cut-off agak berisiko dan kurang bijak kerana enjin akan terbiar berputar laju tanpa had.

Digelar CDI atau ECU 'lobos', modifikasi jenis ini tetap jadi pilihan berikutan kos yang jauh lebih rendah berbanding menukar unit berjenama. Jadi sangat kritikal bagi pemilik mengetahui had rev enjin motosikal mereka supaya sentiasa dapat berjaga-jaga untuk tidak melampaui had reliabiliti enjin.

5. BUKAN PENINGKAT PRESTASI SEBENAR

Ingat, jika sekadar menukar CDI atau ECU aftermarket, ubah suai itu tidaklah memberikan peningkatkan prestasi signifikan ke atas enjin motosikal anda. Jika enjin masih standard dan sukar cut-off, menukar CDI atau ECU aftermarket tidak akan memberi impak yang setanding kos yang dibelanjakan. Kata orang, aci standard sudah.

Sebaliknya, menukar CDI atau ECU aftermarket sudah jadi satu kemestian sekiranya nadi jentera anda sudah mengalami modifikasi major. Ini bagi memastikan keupayaan komponen-komponen prestasi yang sudah dipasang dapat diserlahkan semaksimum mungkin.

Namun, jika masih juga mahu menaik taraf ECU aftermarket walaupun enjin masih standard, terpulanglah. Sendiri punya duit, sendiri yang tentukan. Cuma kenalah tebalkan telinga tadah kecaman kawan-kawan.

Sumber: Pandulaju.com


Ebidmotor.com - Platform pembidaan motosikal pertama di Malaysia. Harga Motosikal Kami Lebih Rendah Daripada Harga Pasaran..! Pembeli boleh membeli motosikal melalui Walk In showroom Ebid Motor Sdn Bhd di Ampang Selangor atau melalui Online Bidding / Online Purchase! 

12 SEBAB-SEBAB ANDA WAJIB BELI MOTOSIKAL DENGAN KAMI ......

  • Harga motosikal kami terendah dalam pasaran
  • Melebihi 100 buah motosikal di dalam showroom kami
  • Test Ride / Pandu Uji dibenarkan untuk semua motor
  • Free cuci motosikal & chemical sanitize
  • After Sales Service yang cemerlang (Terbukti)
  • 30 MINIT sahaja motosikal boleh bawa pulang*
  • Penghantaran motosikal percuma*
  • LOAN boleh diuruskan sekiranya umur motor bawah 9 tahun (Downpayment 10% diperlukan)*
  • Konsultasi seumur hidup
  • Trade-in / Buy In semua jenis motosikal secara tunai tanpa sebarang syarat*
  • Tidak memerlukan lesen dalam pembelian motosikal
  • Trade-in motosikal dengan kami tanpa sebarang SYARAT dengan nilai sehingga 25% lebih tinggi

*T&C

VISIT US NOW:
Ebid Motor Sdn Bhd (SSM 1357737-M) 🏠 🏠

(HQ) No 6, Jalan AWF 1, 
Ampang Water Front, 68000 Ampang,
Selangor.
https://g.page/ebid-motor-sdn-bhd
(Berdekatan dengan Oldtown White Coffee)
ISNIN - SABTU: 9:30AM - 6.30PM

HUBUNGI KAMI MELALUI

  • 1700 81 7700
  • Mr Bazli: 010-8833396
  • Mr Anwar: 010-8833397
  • Mr Danial: 010-8833398
  • www.ebidmotor.com

𝐏𝐄𝐍𝐆𝐔𝐌𝐔𝐌𝐀𝐍 𝐏𝐊𝐏 𝟑.𝟎 !

Showroom HQ Ebid Motor Sdn Bhd dan Platform Pembidaan Online 𝑻𝑰𝑫𝑨𝑲 𝑨𝑲𝑨𝑵 𝑩𝑬𝑹𝑶𝑷𝑬𝑹𝑨𝑺𝑰 sepanjang PKP 3.0 ini. Walau bagaimanapun, pelanggan-pelanggan yang ingin membeli motosikal dalam tempoh PKP 3.0 ini, kami telah menawarkan satu perkhidmatan O2O (Online to Offline). 

Sila hubungi dengan pegawai kami Mr Bazli dan beliau akan hantar gambar dan video motosikal yang berkenaan kepada anda melalui Whatsapp. 

𝐒𝐞𝐛𝐚𝐫𝐚𝐧𝐠 𝐩𝐞𝐫𝐭𝐚𝐧𝐲𝐚𝐚𝐧 𝐚𝐭𝐚𝐮 𝐤𝐞𝐭𝐢𝐝𝐚𝐤𝐩𝐚𝐬𝐭𝐢𝐚𝐧, 𝐬𝐢𝐥𝐚 𝐡𝐮𝐛𝐮𝐧𝐠𝐢 𝐩𝐞𝐠𝐚𝐰𝐚𝐢 𝐤𝐚𝐦𝐢.
Nama Pegawai: Mr Bazli
Whatsapp: Link WhatsApp
No Tel: 010-8833396

Ebidmotor.com - Platform pembidaan motosikal pertama di Malaysia. Harga Motosikal Kami Lebih Rendah Daripada Harga Pasaran..! 



Kami Ebidmotor.com ada menjual pelbagai jenis motosikal terpakai atau motor baru seperti Yamaha Y15 ,  LC 135 , EGO S ,  Lagenda 110 / 115Z Fi ,  125ZR , Solariz , Avantiz , FZ 150 , Nmax 155 , NVX , Nouvo LC , R15 , R25 , Honda BeAT , Ex5 , Wave , Dash , Future 125, PCX , RS150 Repsol Trico , RS 150 , Vario 150 , RFS 150 , TNT 135 , KTM Duke 200 , Duke 250 , Duke 390 , RC 200 , RC 250 , RC 390 , Modenas Kriss 100 , Kriss 110 , Kriss 120 , MR1 , MR 2 , Dinamik 120 , Pulsar NS 200 , Pulsar RS 200 , SYM E Bonus 110 , Evo 250 , SM Sport , Sport Rider 125 , VF3i VTS 200 dan lain lain. 

Share:

© EbidMotor.com. Hak cipta terpelihara

EbidMotor
Hi there,
How can I help you?
00:01
Start Chat
Login Modal Trade-in Modal Trade-in Submitted Successful Modal Place Deposit Modal Place Deposit Modal Loan FAQs Modal Enquiry Modal Loan Calculator Modal Homepage Loan Calculator Modal
Alamak! Something went wrong. Tutup Tidak Lihat Teruskan Beli Sekarang! Lihat Lagi Harga Pemasaran Percuma Laman Utama Alamat emel diperlukan Akaun Anda Tidak Disahkan Alamak! Akaun anda tidak disahkan. Sila sahkan akaun anda untuk meneruskan. Sahkan Akaun Sekarang Sahkan Kemudian Sila klik "Pergi ke Halaman Temujanji" untuk melihat janji temu anda. Pergi ke Halaman Temujanji tukar gambar profil Maklumat Peribadi Temu Janji Saya Dompet saya Permohonan Loan Saya Kegemaran Saya Iklan saya Log keluar Sejarah Pembelian Saya Kod pengesahan tidak sah! Tiada temu janji. Batal Teruskan memadamkan kad ini? Tindakan ini tidak boleh dibuat asal. Padam Batal Belum ada transaksi. Alamak, anda belum memasukkan maklumat akaun bank peribadi anda. Sila pastikan anda memberikan maklumat akaun bank peribadi yang betul supaya kami boleh memproses bayaran balik. Masukkan maklumat akaun bank peribadi Tiada permohonan pinjaman. Ditolakkan Diluluskan Memproses Menunggu Keputusan Draf Tiada iklan. Kemas kini Padam Teruskan memadam iklan ini? Adakah anda pasti mahu menyimpan sebagai draf? Simpan Sebagai Draf Permohonan Loan Saya Teruskan dengan draf Produk telah diturunkan! Kredit Tidak mencukupi Alamak! Kredit dalam aplikasi tidak mencukupi untuk meneruskan pembayaran untuk RM300. Sila tambah nilai di sini untuk meneruskan. Tambah Nilai Berjaya! Tambah nilai Nanti Pembayaran berjaya! Sila klik "Hantar Permohonan Pinjaman Sekarang" untuk meneruskan penyerahan pinjaman. Hantar Permohonan Pinjaman Sekarang Sila klik "Beli dengan Tunai Sekarang" untuk meneruskan perbelian. Beli dengan Tunai Sekarang Sila klik "Tawarkan Harga Sekarang" untuk meneruskan pembidaan. Tawarkan harga sekarang Tiada motosikal! Harga Terkini: Wang Tunai Pinjaman Tambah ke kegemaran Padam dari kegemaran Tiada motosikal! Harga Motosikal: Jual Telah Ditempah Sahkan Sahkan Pembelian Anda Anda hanya perlu membayar yuran pendahuluan RM300 untuk tempahan motor. Baki yang perlu dijelaskan boleh dibayar melalui dalam talian atau hadir ke bilik pameran kami dalam masa 3 hari. Pegawai kami akan menghubungi anda dalam masa 2 jam waktu bekerja (Isnin- Sabtu) untuk proses seterusnya. Motosikal: Yuran pendahuluan Baki Yang Perlu Dijelaskan Batal Harga Motosikal: Harga Motosikal Harga termasuk: Cukai Jalan Insurans Pemeriksaan Pemindahan Hakmilik Alamak! Akaun anda tidak dapat memasuki halaman Pembidaan/Lelong Pembidaan/Lelong hanya dibuka untuk akaun syarikat / peniaga. Pergi ke halaman Motosikal Terpakai Sesi Pembidaan Seterusnya : MASA YANG TINGGAL : jam minit saat Bidaan tutup, halaman akan dimuat semula dalam masa 10 saat. Bidaan tutup, halaman akan dimuat semula dalam masa [10] saat. Bidaan bermula, halaman akan dimuat semula dalam masa 10 saat. Harga Bermula Dari Harga yang telah dijual Extended Tawaran Sekarang * Tawaran Tertinggi Semasa Tawaran Semasa * Anda adalah penawar yang lebih rendah * Anda adalah penawar yang tertinggi Jumlah Max Bid Anda Harge bidaan maksimum mestilah berganda dengan 50! Jumlah Max Bid anda mestilah lebih tinggi daripada harga tawaran terkini Sila sahkan Max Bid Anda Motosikal: Jumlah Max Bid Anda Harga Tawaran Terkini Masa Waktu Tawaran Kami: 12:00 petang hingga 7 malam Confirm Tukar Jumlah Tambah Nilai Berjaya! Sila klik "Letak Bidaan Sekarang" untuk meneruskan pembidaan. Tawarkan harga sekarang Nanti Harge bidaan manual mestilah berganda dengan 50! Sila sahkan Manual Bid Anda Motosikal: Tawaran Anda: Harga Tawaran Terkini: Masa Confirm Tukar Jumlah Permulaan Pembidaan : Tawarkan Harga Saya "Max Bid" adalah satu taktik pembidaan secara automatik yang membolehkan anda tetapkan JUMLAH MAKSIMUM untuk membida motosikal tertentu. Sistem pembidaan kami akan membuat tawaran bagi pihak anda secara automatik. Ia akan sentiasa meletakkan jumlah bidaan yang terendah dan tidak akan melebihi jumlah yang anda tentukan untuk "Max Bid". Turn on screen reader support Pilihan "Manual Bid" membolehkan anda meningkatkan jumlah penawaran dari minimum RM50 hingga maksimum RM1,000. Sebut harga anda harus lebih tinggi daripada harga tawaran semasa. Anda perlu memasukkan jumlah bidaan baru setelah seseorang letak harga tawaran lebih tinggi daripada anda. MaxBid Manual Bid * Sila masukkan Max Bid anda Tawaran manual akan menjadi jumlah yang anda bida lebih tinggi daripada harga penawaran semasa. * Klik untuk meletakkan tawaran manual anda dengan meningkatkan Tawaran Sebelumnya lihat tawaran penawar Padamkan item ini Adakah anda pasti mahu padamkan item ini dari senarai tawaran langsung? Tiada motosikal yang dibeli. Harga Motosikal: Order No. Tarikh Loan No. Jumlah Pinjaman Termasuk Yuran Pemprosesan & Insurans Bayaran Pendahuluan Ansuran Bulanan Tiada motosikal yang digemari. Padam dari kegemaran Wilayah Harga Sila hubungi kami 1700-81-7700 untuk mempercepatkan proses pengesahan. (9.30AM-6.30PM Isnin - Sabtu) Insurans diperlukan Wilayah diperlukan Bandar diperlukan Tidak termasuk Insurans dan pengangkutan/penghantaran Insurans Pengangkutan/Penghantaran Wilayah Bandar Bayaran Insuran Bayaran Penghantaran Pilih Insurans Pilih Wilayah Pilih Bandar Tidak Perlu Insurans pihak pertama Insurans pihak ketiga Ambil sendiri Penghantaran terus ke lokasi anda Jumlah Motosikal Telah Terjual Tiada rekod lagi.