E B I D M O T O R

Loading

Motor SUZUKI Yang Patut Dikenangi!

Untuk peminat motosikal 80 dan 90-an, tidak akan anda lupakan jenama Suzuki. 

Jenama Suzuki adalah begitu hebat semasa disebut dan ia juga berbaris dengan jenama seperti Honda dan Yamaha. Ketiga-tiga jenama ini mempunyai keistimewaan mereka tersendiri misalnya Honda adalah jenama yang tahan lasak, jenama Yamaha lebih terkenal dengan kelajuan, dan Suzuki dapat memberi tunggangan yang menyeronokkan.

Di bawah ini kami senaraikan motosikal legenda Suzuki yang banyak meninggalkan kenangan manis kepada peminat motosikal tempatan.

 

1. SUZUKI BEST 110

suzuki-best-110

Inilah rekabentuk awal moped 2-lejang 90-an di Malaysia. Menarik tentang Suzuki Best 110 ialah penampilan moped ini yang masih kuat dengan imej sebuah motosikal 'Jepun' menerusi gabungan desain skuter dan kapcai. Lihat saja rekabentuk bahagian depan (kapcai) dan belakang (skuter). Anda belum cukup true Suzuki jika tidak kenal Suzuki Best!

 

2. SUZUKI PANTHER

Tidak diketahui kenapa motosikal berkapasiti 150cc ini menjadi pilihan unit operasi jalanan Polis Diraja Malaysia (PDRM) sekitar era 90-an hingga digelarkan 'motor otet'. Otet merujuk kepada polis cawangan khas (SB) atau perisik.

Mungkinkah kerana Panther berwarna hitam yang memudahkan operasi serang hendap dilakukan? Ataupun PDRM mahu tampil berbeza daripada imej penunggang awam atau mat motor yang ketika itu kebanyakannya menunggang model Yamaha. Kehadiran penunggang Panther pada tengah malam atau awal pagi sering dianggap sebagai sengaja mahu 'bakar line' supaya mat rempit berlumba sebelum mereka diserbu dan dicekup oleh pasukan polis beruniform.

 

3. SUZUKI TXR150

Preloved Deals for Grab: Suzuki TXR150 Gamma (SOLD)

Selepas Panther, Suzuki mengeluarkan TXR150R yang juga terkenal dengan panggilan Jerung. Sebenarnya jerung merujuk kepada edisi khas yang datang dengan kowl depan seperti sirip jerung, tetapi istilah itu digunakan juga secara meluas sebagai merujuk kepada generasi kedua Panther. Kata nama 'Jerung' juga boleh jadi diambil daripada terjemahan Suzuki Shark 150 yang bermaksud jerung. Sangat mirip seperti Panther, tetapi antara identiti khas ketara Jerung ini ialah frem kelabu dan strip badan tertulis TXR150.

 

4. SUZUKI GAMMA

suzuki-gamma-150

Suzuki Gamma atau TXRr150 ialah generasi terakhir Panther dengan tanda nama TXRr pada strip badan. Model ini datang secara naked dan lebih diterima umum, terutama anak-anak muda berbanding model terdahulu. Di atas jalan, motor inilah lawan sebenar Yamaha RX-Z. Bagaimanapun, produksi Gamma cuma bertahan setakat 1997.

 

5. SUZUKI VS125

suzuki-vs-125

Inilah satu-satunya skuter yang menyebabkan 'mat scoot' semalaysia dipandang tidak puas hati oleh mat kapcai. Apa tidaknya, dengan kapasiti enjin 125cc, Suzuki VS125 mampu meninggalkan mana-mana kapcai standard secara senyap dan bersahaja.

Skuter VS125 juga mencetuskan penubuhan pelbagai kelab skuter di Malaysia yang terkenal dengan trend mewarnakan set badan motosikal menggunakan teknik berus angin (air brush). Tidak cukup mewarna, pemilik VS125 juga cenderung menambah set audio yang mampu menandingi kekuatan bunyi pembesar suara motor penjual aiskrim Mat Kool.

Kegilaan modifikasi mencecah ratusan hingga ribuan ringgit itu membuatkan pemilik VS125 sering dianggap sebagai anak orang kaya. Malah, ramai juga mengakui majoriti gadis yang menunggang VS125 berwajah cantik dan pandai bersosial.

 

6. SUZUKI RG SPORTS 110

suzuki-rg-sport-100

Jika mahu bercerita tentang kapcai Suzuki, tidak lengkap rasanya jika tidak menyebut Suzuki RG Sports 110, yakni jenama jentera dua roda yang pernah menempa kegemilangan di kalangan peminat motosikal tempatan sekitar era 1990-an.

Dikenali sebagai moped sempurna pada zaman kemuncaknya, sebutlah apa saja tentang RG Sports, segalanya sentiasa superior berbanding lawan dalam kelas sama. Apa tidaknya, RG-Sport ialah moped pertama yang datang dengan ciri yang mendahului zaman seperti meter rpm, penyerap hentak tunggal atau monoshock, transmisi 5-kelajuan dan penampilan casis deltabox dan peletak kaki belakang jenis gantung, termasuk fitur tipikal motosikal 2-lejang seperti brek cakera depan.

 

7. SUZUKI FX125

suzuki-fx125

Ketika pertama kali dilancarkan pada 1998, Suzuki FX125 bagaikan makhluk asing yang baru turun dari angkasa. Dalam kelas sama, motosikal ini nyata mendahului zaman. Sebagai rekod, FX125 ialah moped 4-lejang pertama yang datang dengan transmisi manual 5-kelajuan (juga dipanggil klac basah atau mati), termasuk anjakan transmisi jungkit balik (1 depan, 4 belakang). Tidak cukup dengan itu, FX125 tampil dengan teknologi DOHC dan sistem penyejukan minyak.

FX125 dikeluarkan pada tahun sama Yamaha mengeluarkan moped 2-lejang legendanya, 125Z. Mungkin kerana ciri 4-lejang yang sinonim sebagai motosikal tidak laju dan kurang 'ganas' membuatkan FX125 kurang laris di pasaran. Tambahan pula harganya yang agak mahal, menghampiri harga sebuah naked bike seperti RX-Z.

Namun, di pasaran motosikal terpakai, jangan terkejut melihat harga FX125 tidak pernah kurang daripada angka RM3,500 walaupun usia sudah mencecah 18 tahun! Jika Y125Z terkenal dengan julukan King of Moped, FX125 pula  ialah Queen of Moped.

 

8. SUZUKI FXR150

suzuki-fxr150

Ini ialah abang kepada FX125 yang juga muncul mendahului zaman. Apa yang pertama tentang Suzuki FXR150? Inilah sports bike 4-lejang pertama di Malaysia dengan teknologi DOHC. Penampilan paling 'gila' dilakukan Suzuki ke atas sports bike ini ialah meter digital yang sehingga kini pesaing lain masih teragak-agak mahu menggunakannya!

Sekali lagi harga menjadi isu utama yang menghalang peminat motosikal memiliki jentera ini. Lagipun FXR150 cuma sebuah sportbike 4-lejang. Pada zaman itu, kecuali EX-5 dan seangkatan dengannya, motosikal 4-lejang lain memang susah mendapat tempat di hati pembeli jentera dua roda Malaysia.

 

9. SUZUKI RGV120

suzuki-rgv20

Suzuki RGV120 ialah kapcai yang dikeluarkan susulan populariti RG Sports 110. Muncul dengan rekabentuk badan mirip RG Sports, cuma lampu utama RGV120 berbentuk bulat seperti model Suzuki GSX110, manakala lampu belakang juga direka kecil, sekali gus memberikan profil kompak berbanding model RG Sports yang lebar dan leper. Semua model RGV120 didatangkan dengan  transmisi manual sepenuhnya berserta 6-kelajuan.

 

10. SUZUKI RC80

suzuki-rc80

Diperkenalkan lewat 80-an dan antara pesaing kepada barisan Honda cub. Bersama rekabentuk tradisional kapcai 80-an, Suzuki RC80 dibekalkan enjin 2-lejang dan transmisi automatik 4-kelajuan. Motosikal ini sangat digemari pomen dan anak muda kerana mudah dibikin selain ciri kemerduan bunyi ekzos 'semprit' yang dihasilkan.

Sumber: Pandulaju.com


Ebidmotor.com - Platform Pembidaan Motosikal Pertama di Malaysia. Harga kami rendah daripada harga pasaran!

Semua pelanggan boleh membeli motosikal melalui pembidaan atas talian (Online Bidding), pembelian atas talian (Online Direct Buy) atau membeli di showroom kami. Kami akan uruskan penghantaran dan segala proses untuk pembeli dari negeri lain. (Pembeli membeli melalui laman web, buat bayaran kepada akaun Ebid Motor Sdn Bhd, thumbprint di JPJ berdekatan, dan duduk rumah tunggu motor sampai sahaja!)

 

 

EBID MOTOR SDN BHD

No 6, Jalan AWF 1, Ampang Water Front, 68000 Ampang, Selangor

Share:

© EbidMotor.com. Hak cipta terpelihara

EbidMotor
Hi there,
How can I help you?
00:01
Start Chat
Login Modal Trade-in Modal Trade-in Submitted Successful Modal Place Deposit Modal Place Deposit Modal Loan FAQs Modal Enquiry Modal Loan Calculator Modal Homepage Loan Calculator Modal
Alamak! Something went wrong. Tutup Tidak Lihat Teruskan Beli Sekarang! Lihat Lagi Harga Pemasaran Percuma Laman Utama Alamat emel diperlukan Akaun Anda Tidak Disahkan Alamak! Akaun anda tidak disahkan. Sila sahkan akaun anda untuk meneruskan. Sahkan Akaun Sekarang Sahkan Kemudian Sila klik "Pergi ke Halaman Temujanji" untuk melihat janji temu anda. Pergi ke Halaman Temujanji tukar gambar profil Maklumat Peribadi Temu Janji Saya Dompet saya Permohonan Loan Saya Kegemaran Saya Iklan saya Log keluar Sejarah Pembelian Saya Kod pengesahan tidak sah! Tiada temu janji. Batal Teruskan memadamkan kad ini? Tindakan ini tidak boleh dibuat asal. Padam Batal Belum ada transaksi. Alamak, anda belum memasukkan maklumat akaun bank peribadi anda. Sila pastikan anda memberikan maklumat akaun bank peribadi yang betul supaya kami boleh memproses bayaran balik. Masukkan maklumat akaun bank peribadi Tiada permohonan pinjaman. Ditolakkan Diluluskan Memproses Menunggu Keputusan Draf Tiada iklan. Kemas kini Padam Teruskan memadam iklan ini? Adakah anda pasti mahu menyimpan sebagai draf? Simpan Sebagai Draf Permohonan Loan Saya Teruskan dengan draf Produk telah diturunkan! Kredit Tidak mencukupi Alamak! Kredit dalam aplikasi tidak mencukupi untuk meneruskan pembayaran untuk RM300. Sila tambah nilai di sini untuk meneruskan. Tambah Nilai Berjaya! Tambah nilai Nanti Pembayaran berjaya! Sila klik "Hantar Permohonan Pinjaman Sekarang" untuk meneruskan penyerahan pinjaman. Hantar Permohonan Pinjaman Sekarang Sila klik "Beli dengan Tunai Sekarang" untuk meneruskan perbelian. Beli dengan Tunai Sekarang Sila klik "Tawarkan Harga Sekarang" untuk meneruskan pembidaan. Tawarkan harga sekarang Tiada motosikal! Harga Terkini: Wang Tunai Pinjaman Tambah ke kegemaran Padam dari kegemaran Tiada motosikal! Harga Motosikal: Jual Telah Ditempah Sahkan Sahkan Pembelian Anda Anda hanya perlu membayar yuran pendahuluan RM300 untuk tempahan motor. Baki yang perlu dijelaskan boleh dibayar melalui dalam talian atau hadir ke bilik pameran kami dalam masa 3 hari. Pegawai kami akan menghubungi anda dalam masa 2 jam waktu bekerja (Isnin- Sabtu) untuk proses seterusnya. Motosikal: Yuran pendahuluan Baki Yang Perlu Dijelaskan Batal Harga Motosikal: Harga Motosikal Harga termasuk: Cukai Jalan Insurans Pemeriksaan Pemindahan Hakmilik Alamak! Akaun anda tidak dapat memasuki halaman Pembidaan/Lelong Pembidaan/Lelong hanya dibuka untuk akaun syarikat / peniaga. Pergi ke halaman Motosikal Terpakai Sesi Pembidaan Seterusnya : MASA YANG TINGGAL : jam minit saat Bidaan tutup, halaman akan dimuat semula dalam masa 10 saat. Bidaan tutup, halaman akan dimuat semula dalam masa [10] saat. Bidaan bermula, halaman akan dimuat semula dalam masa 10 saat. Harga Bermula Dari Harga yang telah dijual Extended Tawaran Sekarang * Tawaran Tertinggi Semasa Tawaran Semasa * Anda adalah penawar yang lebih rendah * Anda adalah penawar yang tertinggi Jumlah Max Bid Anda Harge bidaan maksimum mestilah berganda dengan 50! Jumlah Max Bid anda mestilah lebih tinggi daripada harga tawaran terkini Sila sahkan Max Bid Anda Motosikal: Jumlah Max Bid Anda Harga Tawaran Terkini Masa Waktu Tawaran Kami: 12:00 petang hingga 7 malam Confirm Tukar Jumlah Tambah Nilai Berjaya! Sila klik "Letak Bidaan Sekarang" untuk meneruskan pembidaan. Tawarkan harga sekarang Nanti Harge bidaan manual mestilah berganda dengan 50! Sila sahkan Manual Bid Anda Motosikal: Tawaran Anda: Harga Tawaran Terkini: Masa Confirm Tukar Jumlah Permulaan Pembidaan : Tawarkan Harga Saya "Max Bid" adalah satu taktik pembidaan secara automatik yang membolehkan anda tetapkan JUMLAH MAKSIMUM untuk membida motosikal tertentu. Sistem pembidaan kami akan membuat tawaran bagi pihak anda secara automatik. Ia akan sentiasa meletakkan jumlah bidaan yang terendah dan tidak akan melebihi jumlah yang anda tentukan untuk "Max Bid". Turn on screen reader support Pilihan "Manual Bid" membolehkan anda meningkatkan jumlah penawaran dari minimum RM50 hingga maksimum RM1,000. Sebut harga anda harus lebih tinggi daripada harga tawaran semasa. Anda perlu memasukkan jumlah bidaan baru setelah seseorang letak harga tawaran lebih tinggi daripada anda. MaxBid Manual Bid * Sila masukkan Max Bid anda Tawaran manual akan menjadi jumlah yang anda bida lebih tinggi daripada harga penawaran semasa. * Klik untuk meletakkan tawaran manual anda dengan meningkatkan Tawaran Sebelumnya lihat tawaran penawar Padamkan item ini Adakah anda pasti mahu padamkan item ini dari senarai tawaran langsung? Tiada motosikal yang dibeli. Harga Motosikal: Order No. Tarikh Loan No. Jumlah Pinjaman Termasuk Yuran Pemprosesan & Insurans Bayaran Pendahuluan Ansuran Bulanan Tiada motosikal yang digemari. Padam dari kegemaran Wilayah Harga Sila hubungi kami 1700-81-7700 untuk mempercepatkan proses pengesahan. (9.30AM-6.30PM Isnin - Sabtu) Insurans diperlukan Wilayah diperlukan Bandar diperlukan Tidak termasuk Insurans dan pengangkutan/penghantaran Insurans Pengangkutan/Penghantaran Wilayah Bandar Bayaran Insuran Bayaran Penghantaran Pilih Insurans Pilih Wilayah Pilih Bandar Tidak Perlu Insurans pihak pertama Insurans pihak ketiga Ambil sendiri Penghantaran terus ke lokasi anda Jumlah Motosikal Telah Terjual Tiada rekod lagi.