E B I D M O T O R

Loading

INI CARA YANG BETUL UNTUK PILIH MINYAK ENJIN TERBAIK UNTUK MOTOR KORANG!

4 PERKARA UTAMA BILA PILIH MINYAK ENJIN 

  • Kegunaan - Pastikan label menunjukkan kegunaan pelincir tersebut, sama ada dalam bentuk tulisan, gambar atau kedua-duanya.
  • Jenis/Gred - Mineral, Semi Sintetik atau Sintetik.
  • Kelikatan - Kod awalan SAE dan disusuli digit. Contohnya: 10w-40, atau 20w-50.
  • Spesifikasi - Klasifikasi servis dan pengiktirafan OEM. Kebiasaannya dalam bentuk dua digit awalan S(*) dan juga JASO M(*).

 

1. KEGUNAAN

Kegunaan minyak pelincir sangat mudah dibezakan kerana rata-rata label pada botol akan tertera ilustrasi atau grafik jentera yang bersesuaian. Antara sebab anda tidak boleh guna minyak pelincir kenderaan lain adalah perbezaan operasi enjin setiap jenis kenderaan tersebut.

Contohnya, kereta biasa beroperasi pada ligatan atau rev enjin 2,000rpm - 4,000rpm, manakala motosikal pula memiliki rev lebih tinggi sekitar 6,000rpm - 8,000rpm. Justeru, formula minyak pelincir berbeza.

Bukan setakat jenis kenderaan, konfigurasi enjin kenderaan itu juga memainkan peranan penting. Kebanyakan minyak pelincir motosikal di pasaran dikhususkan untuk jentera 4-lejang jenis klac basah, manakala sebahagian kecil motosikal menggunakan minyak pelincir 2T untuk enjin 2-lejang dan minyak pelincir khas untuk skuter automatik 

 

2. JENIS/GRED

Minyak pelincir Mineral dan Sintetik seperti tertulis pada label merujuk kepada minyak asas yang membentuk 75-80 peratus pelincir, manakala baki 20-25 peratus ialah bahan aditif seperti detergen, agen antibusa, bufer, pembaik indeks kelikatan (viscosity index improver), dan pelincir tambahan yang bertindak sebagai perisai kepada omponen logam dalam enjin.

Pemprosesan pelincir boleh menghasilkan komposisi berbeza, justeru Institut Petroleum Amerika (API) menetapkan lima kumpulan gred mengikut kadar kandungan sulfur dan kelikatan. Group 1, 2 hingga 3 untuk Mineral, dan Group 4 hingga 5 untuk Sintetik.

Berasaskan pengredan yang dinilai mengikut prestasi pelincir, kebanyakan pengeluar melabelkan minyak pelincir Mineral dalam Group 3 sebagai pelincir sintetik berkos rendah dengan menggunakan terma seperti semi sintetik atau adunan sintetik (synthetic blend).

Berbanding minyak Sintetik dengan minyak asas 100 peratus daripada campuran kimia di makmal, sebaliknya minyak Mineral yang diproses daripada minyak mentah memiliki campuran molekul kimia berbeza.

Perbezaan saiz molekul inilah menyebabkan tempoh penyenggaraan bagi minyak mineral lebih singkat kerana molekul lebih cepat terurai pada pelbagai kondisi ekstrem seperti rev enjin tinggi dan campuran sisa pembakaran, transmisi dan lain-lain. Minyak Sintetik pula mampu memanjangkan tempoh penyenggaraan, tetapi pada masa berisiko membuatkan anda terlupa memeriksa paras pelincir pula.

Jadi, jika anda jenis penunggang berdisiplin yang pasti menukar minyak pelincir mengikut tempoh ditetapkan pengeluar, memang lebih berbaloi memilih minyak pelincir Mineral atau Semi Sintetik. Ini kerana perbezaan harga kedua-dua minyak itu lebih murah berbanding Sintetik Penuh.

 

3. KELIKATAN/VISCOSITY

Kelikatan menentukan kadar aliran minyak pelincir ketika enjin beroperasi dalam suhu berbeza. Minyak pelincir hari ini didatangkan dalam kelikatan multigred. Contohnya, bagi minyak tertulis SAE 10W-40, kod 10W merujuk kepada gred kelikatan pada suhu musim sejuk (winter) -25°C, manakala 40 ialah gred kelikatan pada suhu 100°C.

Semakin kecil nombor tersebut, maka semakin rendah kelikatan dan semakin tinggi aliran minyak pelincir berkenaan dalam enjin. Jika enjin motosikal anda masih dalam keadaan standard, lebih bagus ikut saja saranan pengeluar seperti tertera dalam buku manual penyenggaraan.

 

4. SPESIFIKASI

Bagi memastikan minyak pelincir bersesuaian dengan jenis kenderaan dihasilkan, API menetapkan taraf klasifikasi servis mengikut tahun kenderaan dibuat dengan berpandukan teknologi enjin dan kawalan emisi semasa.

Taraf klasifikasi servis untuk enjin petrol adalah menggunakan kod dua digit awalan S(*), dengan urutan abjad pada (*) dengan merujuk kepada taraf tahun tertentu. Antara kerap dijumpai untuk motosikal moden ialah klasifikasi API SJ/SL/SM seperti gambarajah di atas.

Asalnya, minyak pelincir automobil lain seperti kereta juga boleh digunakan pada motosikal. Namun, disebabkan keperluan industri berbeza seperti tuntutan formula pemulihara tenaga, pengeluar minyak pelincir kereta mula menambah pengubah geseran (friction modifier) yang boleh mendatangkan masalah gelinciran klac (clutch slip) serius jika digunakan pada motosikal.

Menyedari masalah itu, OEM seperti Pertubuhan Piawaian Automotif Jepun (JASO) mencadangkan standard tambahan, iaitu JASO MA untuk motosikal klac basah dan JASO MB (motosikal automatik seperti skuter).

Jika anda ingin mencuba minyak pelincir bukan konvensional, sila beri perhatian kepada label tersebut untuk mengelak masalah pada klac motosikal anda.

 

Dah faham? Harap-harap lepas ni korang dah boleh berhati-hati bila nak suruh pomen tuang minyak hitam. Bukan apa, kalau motor korang dah merajuk dengan korang nanti, ha siap la..rabak poket korang nanti!

 

SUMBER: PANDULAJU.COM


TENTANG EBID MOTOR SDN BHD

Ebidmotor.com jaminan harga terendah untuk motosikal terpakai yang berkualiti tinggi dan sebuah platform pembelian serta penjualan motosikal online di Malaysia.

Ebid Motor Sdn Bhd – Specialist Dalam Menjual Motor Terpakai Terbesar Di KL & Selangor

(a) Jaminan Harga OTR Paling Rendah Dalam Lembah Klang

(b) Menerima Trade-in / Loan Kredit / Loan Kedai / Tunai ( Kad Kredit, Kad Debit, Online Transfer atau Cash )

(c) Pegawai yang Professional & Sempoi

(d) Servis Paling Terbaik

(e) 30 minit je terus boleh bawa keluar motor!

(f) One Stop Center : Inspection > Showroom > Ownership Transfer > Delivery

(g) Macam-macam motor dari serendah RM2,500!

(h) Inspection terperinci dan professional sebelum motor dijual

(i)  Beli Motor Percuma Tips Profesional

 


Kami Ebidmotor.com ada menjual pelbagai jenis motosikal terpakai atau motor baru seperti Yamaha Y15 ,  LC 135 , EGO S ,  Lagenda 110 / 115Z Fi ,  125ZR , Solariz , Avantiz , FZ 150 , Nmax 155 , NVX , Nouvo LC , R15 , R25 , Honda BeAT , Ex5 , Wave , Dash , Future 125, PCX , RS150 Repsol Trico , RS 150 , Vario 150 , RFS 150 , TNT 135 , KTM Duke 200 , Duke 250 , Duke 390 , RC 200 , RC 250 , RC 390 , Modenas Kriss 100 , Kriss 110 , Kriss 120 , MR1 , MR 2 , Dinamik 120 , Pulsar NS 200 , Pulsar RS 200 , SYM E Bonus 110 , Evo 250 , SM Sport , Sport Rider 125 , VF3i VTS 200 dan lain lain.

Share:

© EbidMotor.com. Hak cipta terpelihara

EbidMotor
Hi there,
How can I help you?
00:01
Start Chat
Login Modal Trade-in Modal Trade-in Submitted Successful Modal Place Deposit Modal Place Deposit Modal Loan FAQs Modal Enquiry Modal Loan Calculator Modal Homepage Loan Calculator Modal
Alamak! Something went wrong. Tutup Tidak Lihat Teruskan Beli Sekarang! Lihat Lagi Harga Pemasaran Percuma Laman Utama Alamat emel diperlukan Akaun Anda Tidak Disahkan Alamak! Akaun anda tidak disahkan. Sila sahkan akaun anda untuk meneruskan. Sahkan Akaun Sekarang Sahkan Kemudian Sila klik "Pergi ke Halaman Temujanji" untuk melihat janji temu anda. Pergi ke Halaman Temujanji tukar gambar profil Maklumat Peribadi Temu Janji Saya Dompet saya Permohonan Loan Saya Kegemaran Saya Iklan saya Log keluar Sejarah Pembelian Saya Kod pengesahan tidak sah! Tiada temu janji. Batal Teruskan memadamkan kad ini? Tindakan ini tidak boleh dibuat asal. Padam Batal Belum ada transaksi. Alamak, anda belum memasukkan maklumat akaun bank peribadi anda. Sila pastikan anda memberikan maklumat akaun bank peribadi yang betul supaya kami boleh memproses bayaran balik. Masukkan maklumat akaun bank peribadi Tiada permohonan pinjaman. Ditolakkan Diluluskan Memproses Menunggu Keputusan Draf Tiada iklan. Kemas kini Padam Teruskan memadam iklan ini? Adakah anda pasti mahu menyimpan sebagai draf? Simpan Sebagai Draf Permohonan Loan Saya Teruskan dengan draf Produk telah diturunkan! Kredit Tidak mencukupi Alamak! Kredit dalam aplikasi tidak mencukupi untuk meneruskan pembayaran untuk RM300. Sila tambah nilai di sini untuk meneruskan. Tambah Nilai Berjaya! Tambah nilai Nanti Pembayaran berjaya! Sila klik "Hantar Permohonan Pinjaman Sekarang" untuk meneruskan penyerahan pinjaman. Hantar Permohonan Pinjaman Sekarang Sila klik "Beli dengan Tunai Sekarang" untuk meneruskan perbelian. Beli dengan Tunai Sekarang Sila klik "Tawarkan Harga Sekarang" untuk meneruskan pembidaan. Tawarkan harga sekarang Tiada motosikal! Harga Terkini: Wang Tunai Pinjaman Tambah ke kegemaran Padam dari kegemaran Tiada motosikal! Harga Motosikal: Jual Telah Ditempah Sahkan Sahkan Pembelian Anda Anda hanya perlu membayar yuran pendahuluan RM300 untuk tempahan motor. Baki yang perlu dijelaskan boleh dibayar melalui dalam talian atau hadir ke bilik pameran kami dalam masa 3 hari. Pegawai kami akan menghubungi anda dalam masa 2 jam waktu bekerja (Isnin- Sabtu) untuk proses seterusnya. Motosikal: Yuran pendahuluan Baki Yang Perlu Dijelaskan Batal Harga Motosikal: Harga Motosikal Harga termasuk: Cukai Jalan Insurans Pemeriksaan Pemindahan Hakmilik Alamak! Akaun anda tidak dapat memasuki halaman Pembidaan/Lelong Pembidaan/Lelong hanya dibuka untuk akaun syarikat / peniaga. Pergi ke halaman Motosikal Terpakai Sesi Pembidaan Seterusnya : MASA YANG TINGGAL : jam minit saat Bidaan tutup, halaman akan dimuat semula dalam masa 10 saat. Bidaan tutup, halaman akan dimuat semula dalam masa [10] saat. Bidaan bermula, halaman akan dimuat semula dalam masa 10 saat. Harga Bermula Dari Harga yang telah dijual Extended Tawaran Sekarang * Tawaran Tertinggi Semasa Tawaran Semasa * Anda adalah penawar yang lebih rendah * Anda adalah penawar yang tertinggi Jumlah Max Bid Anda Harge bidaan maksimum mestilah berganda dengan 50! Jumlah Max Bid anda mestilah lebih tinggi daripada harga tawaran terkini Sila sahkan Max Bid Anda Motosikal: Jumlah Max Bid Anda Harga Tawaran Terkini Masa Waktu Tawaran Kami: 12:00 petang hingga 7 malam Confirm Tukar Jumlah Tambah Nilai Berjaya! Sila klik "Letak Bidaan Sekarang" untuk meneruskan pembidaan. Tawarkan harga sekarang Nanti Harge bidaan manual mestilah berganda dengan 50! Sila sahkan Manual Bid Anda Motosikal: Tawaran Anda: Harga Tawaran Terkini: Masa Confirm Tukar Jumlah Permulaan Pembidaan : Tawarkan Harga Saya "Max Bid" adalah satu taktik pembidaan secara automatik yang membolehkan anda tetapkan JUMLAH MAKSIMUM untuk membida motosikal tertentu. Sistem pembidaan kami akan membuat tawaran bagi pihak anda secara automatik. Ia akan sentiasa meletakkan jumlah bidaan yang terendah dan tidak akan melebihi jumlah yang anda tentukan untuk "Max Bid". Turn on screen reader support Pilihan "Manual Bid" membolehkan anda meningkatkan jumlah penawaran dari minimum RM50 hingga maksimum RM1,000. Sebut harga anda harus lebih tinggi daripada harga tawaran semasa. Anda perlu memasukkan jumlah bidaan baru setelah seseorang letak harga tawaran lebih tinggi daripada anda. MaxBid Manual Bid * Sila masukkan Max Bid anda Tawaran manual akan menjadi jumlah yang anda bida lebih tinggi daripada harga penawaran semasa. * Klik untuk meletakkan tawaran manual anda dengan meningkatkan Tawaran Sebelumnya lihat tawaran penawar Padamkan item ini Adakah anda pasti mahu padamkan item ini dari senarai tawaran langsung? Tiada motosikal yang dibeli. Harga Motosikal: Order No. Tarikh Loan No. Jumlah Pinjaman Termasuk Yuran Pemprosesan & Insurans Bayaran Pendahuluan Ansuran Bulanan Tiada motosikal yang digemari. Padam dari kegemaran Wilayah Harga Sila hubungi kami 1700-81-7700 untuk mempercepatkan proses pengesahan. (9.30AM-6.30PM Isnin - Sabtu) Insurans diperlukan Wilayah diperlukan Bandar diperlukan Tidak termasuk Insurans dan pengangkutan/penghantaran Insurans Pengangkutan/Penghantaran Wilayah Bandar Bayaran Insuran Bayaran Penghantaran Pilih Insurans Pilih Wilayah Pilih Bandar Tidak Perlu Insurans pihak pertama Insurans pihak ketiga Ambil sendiri Penghantaran terus ke lokasi anda Jumlah Motosikal Telah Terjual Tiada rekod lagi.