E B I D M O T O R

Loading

Betul Ke Yamaha Y16ZR Tak Cukup King Menentang Suzuki Raider R150 Fi Pada 2023?

Tak lama lagi, Yamaha dijangka membawa masuk Y16ZR versi ABS dan setakat ini belum ada khabar berita mengenai update terbaru yang Suzuki akan bawakan untuk model Raider R150!

Namun, kalau korang tergolong dalam kelompok yang menunggu harga motor-motor ni berkurang ataupun dah memasang niat untuk membeli selepas bertahun mengumpul duit, manakah yang patut korang beli? Memandangkan kedua-duanya terikat pada gaya dan prestasi yang hampir serupa, mungkin inilah review yang patut korang teliti dulu sebelum menyesal beli! Jom kita tengok spec enjin standard nya dulu!

 
SPESIFIKASI ENJIN
  YAMAHA Y16ZR  SUZUKI RAIDER 150 Fi
ENJIN

149cc, SOHC, Single Cylinder, 4-valve, Liquid Cooled, Fuel Injection

147cc, Twincam, 4 Valve, DOHC, Liquid Cooled, Fuel Injection
HORSEPOWER

17.8hp @ 9,500 rpm 

18.2 hp @ 10,000 rpm
TORK

14.4 N·m @ 8,000 rpm 

13.8 N·m @ 8,500 rpm
BORE X STROKE 58.0 x 58.7mm 62.0 mm x 48.8 mm
BERAT 119kg 109 kg
TRANSMISSION 6 Speed with Slipper Clutch 6 Speed
FUEL CAPACITY 5.4L 4L

 

PRESTASI ENJIN

A. Suzuki Raider R150 Fi

Untuk permulaan, Raider adalah kapcai 150cc paling laju sekali kalau VF3i tak dikira sekali. Output Raider dikatakan adalah hasil inovasi dari syarikat yang sama yang membina jentera MotoGP. Sahih ataupun tidak, wallahualam; namun enjin Oversquare Twin Cam dari motor ni boleh menjana kuasa yang lebih tinggi bang.. Enjin ni punyalah bagus dan berkuasa sehingga dikongsi terus dengan kembar naked dan sport-fairing GSX dia tu!

 

B. Yamaha Y16ZR

Enjin 155cc SOHC dari Y16ZR ni mampu menjana 17.8 hp yang merupakan upgrade yang lebih baik daripada Y15ZR terdahulu. Walaupun Raw-Power dari enjin Y16ZR ni tak sehebat Raider, dia taklah lopek sangat seperti yang digembar-gemburkan walaupun gear 6 yang didatangkan tu tak ada kesan yang signifikan pun; lebih kepada cruising!

Tapi apa yang best tentang Y16ZR, dia mempunyai teknologi VVA yang boleh laraskan prestasi enjin pada dua timing; low RPM ataupun ketika RPM tinggi. 

 

PRAKTIKALITI 

A. Yamaha Y16ZR

Kena dengan harga yang ditawarkan, Y16ZR didatangkan dengan pelbagai jajan premium yang sportbike sekali ganda harga dari dia pun mungkin takde lampu LED, meter intrumen digital penuh, sistem keyless dan ciri Slipper Clutch!

Dengan adanya slipper clutch, penukaran gear menjadi sangat smooth, dan tak jerking ketika buang gear. Tangki bahan api 5.4L dari Y16ZR ni pun cukup menjimatkan minyak dan boleh lah digunakan untuk long-distance ride atau berulang alik pergi ke tempat kerja!

 

B. Suzuki Raider R150 Fi

Raider R150 Fi ni walaupun dianugerahkan dengan enjin yang berkuasa dan sangat tahan lasak, namun Suzuki mungkin terlupa untuk menekankan elemen moden keatas motor ini! Raider R150 Fi ditawarkan dengan ciri lampu LED panel instrumen digital penuh, dan adalah ruang simpanan kecil yang terletaknya kat tempat yang kurang strategik.. Walaupun tangkin dia kecik 4L sahaja, tapi selepas diuji pada kelajuan malar sekitar 80-90km/h, Raider ni boleh lah bergerak sejauh 200KM berkat bantuan fuel injection dia tu..

Walaupun rekaannya unik, namun gaya fenderless ini ada kalanya kurang praktikal bagi sesetengah orang. Dengan ketiadaan bakul, pemasangan top box dan bakul aftermarket adalah perlu kalau pengguna nak jadikan motor ini motor daily.

 

KESELESAAN

A. Yamaha Y16ZR

Kalau dah namanya kapcai, mana ada yang betul-betul selesa melainkan diubahsuai letak seat X-Max ye tak?! Y16ZR ni yang bezanya dipadankan dengan material seat anti-gelincir. Bagi min, biasa-biasa je seat dia dan tetap juga tergelincir kalau pakai seluar licin...

Dari sudut dimensi, Y16ZR ni tak berat sangat dan cukup selesa untuk solo ride atau ber-pillion. Dia juga sesuai untuk rider tinggi ataupun berketinggian sederhana (167cm kebawah)..bawah 158cm pun boleh cuba juga tunggang motor ni cuma kena menjengket lah sikit.

 

B. Suzuki Raider R150 Fi

Motor ni jujur cakap, lebih kepada gaya sebenarnya.. Raider R150 Fi ni agak sesuai untuk rider yang berbadan kurus, ataupun kecil.. Tinggi 164cm - 170cm dengan berat 50kg-80kg dah cukup fit dah dengan gaya motor ni walaupun dia agak rendah...

Rekaan Raider R150 Fi yang tirus sesuai untuk potong angin tapi perjalanan dengan pillion juga mungkin jadi kurang selesa dengan profil motor yang kurus dan rendah.. Kalau rider dan pillion dua-duanya seberat 65kg kebawah, mungkin larat lagi lah nak jalan jauh!

 

HARGA
 

A. Suzuki Raider R150 Fi

Tak mahal pun Raider R150 Fi ni.. Raider R150 Fi (2023) boleh didapati di semua pengedar rasmi seluruh negara dengan harga jualan rasmi RM8,838.00. Untuk pasaran terpakai, Raider R150 Fi kebanyakkannya dijual sekitar RM6,500 - RM7,000 mengikut kondisi yang ditawarkan.

Disebabkan Suzuki Raider ni sangat simple, straighforward dan tak ada equipment yang terlalu moden menjadikan dia senang dibela dan bebas kerosakkan yang merepek! Alat ganti katanya tak susah nak dapat dan harga pun tak kayangan sangat!

 

B. Yamaha Y16ZR

Yamaha kalau buat motor, tak pernahnya harga dia tak dikritik; asyik dikutuk je memanjang! Edisi paling terkini dengan coverset Doxou Tech Art dijual pada harga RM11,818 dan katanya terhad kepada 5,000 unit sahaja.. Untuk versi standard pula hanya sekitar RM11,118. Kalau nak cari unit terpakai, kebanyakkannya masih lagi keras dengan purata sekitar RM9,500 sehingga RM10,000!

Dari segi servis, owner dinasihatkan untuk berhati-hati dengan masalah needle bearing serta masalah star screw yang longgar.. Selain daripada itu, Y16ZR masih mudah dibela macam kapcai-kapcai lain!

 

GAYA

A. Suzuki Raider R150 Fi

Kat Malaysia, penggayaan mungkin elemen kedua yang pembeli tengok pada motor ni.. Ada yang suka dan ada yang beli hanya semata untuk menikmati kepaduan enjin dia. Disebabkan gaya fenderless dia ni agak agresif, menjadikan motor ni kurang masuk dengan selera orang kita. Namun secara globalnya, rekaan unik ni disambut baik je sebab dikaburi kepaduan enjin motor ni

 

B. Yamaha Y16ZR

Berbeza pula dengan Y16ZR ni, reka bentuk dia cukup menyelerakan dimata rakyat Malaysia walaupun pada mulanya dikritik dengan paras rupa yang aneh; mungkin orang kita dah lama tengok Y15ZR agaknya.. Cutting Y16ZR lebih sporty dan bersegi serta nampak lengkap berbanding Raider R150 Fi

 


KESIMPULAN

Prestasi Enjin : Suzuki Raider R150 Fi

Praktikaliti : Yamaha Y16ZR

Keselesaan : Yamaha Y16ZR

Harga : Suzuki Raider R150 Fi

Gaya : Yamaha Y16ZR & Suzuki Raider R150 Fi

Jadi, mana satu yang akan korang pilih? Kalau korang nak tahu, kami ada 2 stok Yamaha Y16ZR satu dah ditambah sedikit jajan satu lagi standard pekak dari kilang lagi bang! Masing-masing LOW MILEAGE dan berkondisi MACAM BARU!


2022 YAMAHA Y16ZR (RM 9,500!) 

Klik foto untuk butiran lanjut 2022 Yamaha Y16ZR

PROFIL MOTOR
Mileage: 25,883 KM
RIZOMA adjustable lever set
Carbon fiber head cowling
Protaper aluminium chain cover
Upgraded SP522 sport rim 

LOAN PACKAGE:
DEPOSIT OTR BERMULA: RM 1,100 OTR!

 


 

2021 YAMAHA Y16ZR (RM 9,900!) 

Klik foto untuk butiran lanjut 2021 Yamaha Y16ZR

PROFIL MOTOR
Mileage: 10,739 KM
Upgraded CNC Fork Lay 
100% bebas masalah enjin
98% macam baru! 

LOAN PACKAGE:
DEPOSIT OTR BERMULA: RM 1,400 OTR!


Takkan tengok je? Meh klik sini untuk info lebih menarik!

Kami Ebidmotor.com ada menjual pelbagai jenis motosikal terpakai atau motor baru seperti Yamaha Y15 ,  LC 135 , EGO S ,  Lagenda 110 / 115Z Fi ,  125ZR , Solariz , Avantiz , FZ 150 , Nmax 155 , NVX , Nouvo LC , R15 , R25 , Honda BeAT , Ex5 , Wave , Dash , Future 125, PCX , RS150 Repsol Trico , RS 150 , Vario 150 , RFS 150 , TNT 135 , KTM Duke 200 , Duke 250 , Duke 390 , RC 200 , RC 250 , RC 390 , Modenas Kriss 100 , Kriss 110 , Kriss 120 , MR1 , MR 2 , Dinamik 120 , Pulsar NS 200 , Pulsar RS 200 , SYM E Bonus 110 , Evo 250 , SM Sport , Sport Rider 125 , VF3i VTS 200 dan lain lain.

Share:

© EbidMotor.com. Hak cipta terpelihara

EbidMotor
Hi there,
How can I help you?
00:01
Start Chat
Login Modal Trade-in Modal Trade-in Submitted Successful Modal Place Deposit Modal Place Deposit Modal Loan FAQs Modal Enquiry Modal Loan Calculator Modal Homepage Loan Calculator Modal
Alamak! Something went wrong. Tutup Tidak Lihat Teruskan Beli Sekarang! Lihat Lagi Harga Pemasaran Percuma Laman Utama Alamat emel diperlukan Akaun Anda Tidak Disahkan Alamak! Akaun anda tidak disahkan. Sila sahkan akaun anda untuk meneruskan. Sahkan Akaun Sekarang Sahkan Kemudian Sila klik "Pergi ke Halaman Temujanji" untuk melihat janji temu anda. Pergi ke Halaman Temujanji tukar gambar profil Maklumat Peribadi Temu Janji Saya Dompet saya Permohonan Loan Saya Kegemaran Saya Iklan saya Log keluar Sejarah Pembelian Saya Kod pengesahan tidak sah! Tiada temu janji. Batal Teruskan memadamkan kad ini? Tindakan ini tidak boleh dibuat asal. Padam Batal Belum ada transaksi. Alamak, anda belum memasukkan maklumat akaun bank peribadi anda. Sila pastikan anda memberikan maklumat akaun bank peribadi yang betul supaya kami boleh memproses bayaran balik. Masukkan maklumat akaun bank peribadi Tiada permohonan pinjaman. Ditolakkan Diluluskan Memproses Menunggu Keputusan Draf Tiada iklan. Kemas kini Padam Teruskan memadam iklan ini? Adakah anda pasti mahu menyimpan sebagai draf? Simpan Sebagai Draf Permohonan Loan Saya Teruskan dengan draf Produk telah diturunkan! Kredit Tidak mencukupi Alamak! Kredit dalam aplikasi tidak mencukupi untuk meneruskan pembayaran untuk RM300. Sila tambah nilai di sini untuk meneruskan. Tambah Nilai Berjaya! Tambah nilai Nanti Pembayaran berjaya! Sila klik "Hantar Permohonan Pinjaman Sekarang" untuk meneruskan penyerahan pinjaman. Hantar Permohonan Pinjaman Sekarang Sila klik "Beli dengan Tunai Sekarang" untuk meneruskan perbelian. Beli dengan Tunai Sekarang Sila klik "Tawarkan Harga Sekarang" untuk meneruskan pembidaan. Tawarkan harga sekarang Tiada motosikal! Harga Terkini: Wang Tunai Pinjaman Tambah ke kegemaran Padam dari kegemaran Tiada motosikal! Harga Motosikal: Jual Telah Ditempah Sahkan Sahkan Pembelian Anda Anda hanya perlu membayar yuran pendahuluan RM300 untuk tempahan motor. Baki yang perlu dijelaskan boleh dibayar melalui dalam talian atau hadir ke bilik pameran kami dalam masa 3 hari. Pegawai kami akan menghubungi anda dalam masa 2 jam waktu bekerja (Isnin- Sabtu) untuk proses seterusnya. Motosikal: Yuran pendahuluan Baki Yang Perlu Dijelaskan Batal Harga Motosikal: Harga Motosikal Harga termasuk: Cukai Jalan Insurans Pemeriksaan Pemindahan Hakmilik Alamak! Akaun anda tidak dapat memasuki halaman Pembidaan/Lelong Pembidaan/Lelong hanya dibuka untuk akaun syarikat / peniaga. Pergi ke halaman Motosikal Terpakai Sesi Pembidaan Seterusnya : MASA YANG TINGGAL : jam minit saat Bidaan tutup, halaman akan dimuat semula dalam masa 10 saat. Bidaan tutup, halaman akan dimuat semula dalam masa [10] saat. Bidaan bermula, halaman akan dimuat semula dalam masa 10 saat. Harga Bermula Dari Harga yang telah dijual Extended Tawaran Sekarang * Tawaran Tertinggi Semasa Tawaran Semasa * Anda adalah penawar yang lebih rendah * Anda adalah penawar yang tertinggi Jumlah Max Bid Anda Harge bidaan maksimum mestilah berganda dengan 50! Jumlah Max Bid anda mestilah lebih tinggi daripada harga tawaran terkini Sila sahkan Max Bid Anda Motosikal: Jumlah Max Bid Anda Harga Tawaran Terkini Masa Waktu Tawaran Kami: 12:00 petang hingga 7 malam Confirm Tukar Jumlah Tambah Nilai Berjaya! Sila klik "Letak Bidaan Sekarang" untuk meneruskan pembidaan. Tawarkan harga sekarang Nanti Harge bidaan manual mestilah berganda dengan 50! Sila sahkan Manual Bid Anda Motosikal: Tawaran Anda: Harga Tawaran Terkini: Masa Confirm Tukar Jumlah Permulaan Pembidaan : Tawarkan Harga Saya "Max Bid" adalah satu taktik pembidaan secara automatik yang membolehkan anda tetapkan JUMLAH MAKSIMUM untuk membida motosikal tertentu. Sistem pembidaan kami akan membuat tawaran bagi pihak anda secara automatik. Ia akan sentiasa meletakkan jumlah bidaan yang terendah dan tidak akan melebihi jumlah yang anda tentukan untuk "Max Bid". Turn on screen reader support Pilihan "Manual Bid" membolehkan anda meningkatkan jumlah penawaran dari minimum RM50 hingga maksimum RM1,000. Sebut harga anda harus lebih tinggi daripada harga tawaran semasa. Anda perlu memasukkan jumlah bidaan baru setelah seseorang letak harga tawaran lebih tinggi daripada anda. MaxBid Manual Bid * Sila masukkan Max Bid anda Tawaran manual akan menjadi jumlah yang anda bida lebih tinggi daripada harga penawaran semasa. * Klik untuk meletakkan tawaran manual anda dengan meningkatkan Tawaran Sebelumnya lihat tawaran penawar Padamkan item ini Adakah anda pasti mahu padamkan item ini dari senarai tawaran langsung? Tiada motosikal yang dibeli. Harga Motosikal: Order No. Tarikh Loan No. Jumlah Pinjaman Termasuk Yuran Pemprosesan & Insurans Bayaran Pendahuluan Ansuran Bulanan Tiada motosikal yang digemari. Padam dari kegemaran Wilayah Harga Sila hubungi kami 1700-81-7700 untuk mempercepatkan proses pengesahan. (9.30AM-6.30PM Isnin - Sabtu) Insurans diperlukan Wilayah diperlukan Bandar diperlukan Tidak termasuk Insurans dan pengangkutan/penghantaran Insurans Pengangkutan/Penghantaran Wilayah Bandar Bayaran Insuran Bayaran Penghantaran Pilih Insurans Pilih Wilayah Pilih Bandar Tidak Perlu Insurans pihak pertama Insurans pihak ketiga Ambil sendiri Penghantaran terus ke lokasi anda Jumlah Motosikal Telah Terjual Tiada rekod lagi.